in

RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011

RTM DILANTIK SEBAGAI HOS PENYIAR LE TOUR DE LANGKAWI 2011

Tahun ini menyaksikan RTM selagi lagi terpilih sebagai Hos Penyiar Siaran Le Tour de Langkawi Edisi ke 16 bagi tahun 2011 anjuran KBS. Apatahlagi RTM adalah hos penyiar rasmi yang cukup berpengalaman dalam menjayakan siaran program-program sukan yang berprestij termasuklah Le Tour de Langkawi.

Menyorot sejarah penglibatan RTM untuk Le Tour telah bermula semasa tahun pertama Kayuhan di Malaysia iaitu 1996. RTM selaku Hos Bersama dengan VTV London menjadi satu titik tolak kepada perkembangan sukan berbasikal tanahair. RTM terus menjadi pilihan sebagai Hos Bersama pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1997 hinggalah ke tahun 2006, 10 tahun mencipta sejarah penyiaran sukan berprestij bertaraf dunia.

Seluruh negara menjadi destinasi kayuhan pelumba bersaing dengan semangat kesukanan tanpa satu pun tercicir daripada peta laluan kayuhan. Diiringi dengan krew penerbitan RTM terutama krew-krew Unit Sukan yang dedikasi, berpengalaman dan sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Pastinya siaran perlumbaan membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat dan semua peminat sukan berbasikal tanahair menonton secara langsung acara berprestij ini.

Pada tahun 2007 dan 2008, peluang diberikan kepada TV3 untuk menyiarkan perlumbaan edisi ke 12 dan 13. Namun, pada tahun 2009 RTM kembali menjadi pilihan penganjur untuk bekerjasama. Pada tahun 2010, ASTRO diberi tanggungjawab untuk melaksanakan siaran kayuhan dunia ini. Tahun ini, RTM kembali menjadi pilihan untuk menyiarkan kayuhan dunia edisi ke 16.

RTM akan menyiarkan siaran secara langsung bermula 22 Januari hingga 1 Februari 2011 di TV1 seawal jam 11 pagi. Manakala rangkuman harian akan disiarkan pada 23 Januari hingga 1 Februari 2011, jam 11.30 malam.

Siaran langsung perlumbaan merangkumi keseluruhan 10 peringkat bermula peringkat 1 pada 23 Januari 2011 bertempat di Dataran Helang, Langkawi, peringkat kedua pada 24 Januari 2011 (dari Kangar, Perlis ke Butterworth, Penang), peringkat ketiga pada 25 Januari 2011(dari Taiping ke Setiawan, Perak), peringkat keempat pada 26 Januari 2011 (dari Ayer Tawar ke Cameron Highland, Pahang), peringkat kelima pada 27 Januari 2011 (dari Tapah, Perak ke Genting Highland, Pahang), peringkat keenam pada 28 Januari 2011 (dari Rawang, Selangor ke Putrajaya), peringkat ketujuh pada 29 Januari 2011 (dari Banting, Selangor ke Tampin, Negeri Sembilan), peringkat kelapan pada 30 Januari 2011 (dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Jasin, Melaka), peringkat kesembilan pada 31 Januari 2011 (dari Melaka ke Nilai) sebelum berakhir pada 1 Februari 2011 (dari Shah Alam, Selangor ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur).

Majlis Sidang Media Le Tour De Langkawi 2011 dan Pelantikan RTM Sebagai Hos Penyiar telah berlangsung pada 13 Januari 2011 lalu bertempat di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ibrahim Yahaya (Ketua Pengarah Penyiaran).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lakonan Terakhir Faizal Yusof Jangan Hantar Aku Ke Neraka

Filem TIME BOMB, 14 HOURS, CONFINED di 8TV