in , ,

Koleksi Klasik & Moden Kontemporari Rizman Ruzaini Bridal RTW 2022/23

Sebagai antara jenama rumah fesyen negara yang terkenal, Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan eksklusif pakaian pengantin. Selama berbelas tahun mengukir nama dalam industri ini, tidak hairanlah apabila rekaan mereka seringkali menjadi pilihan selebriti dan golongan elit untuk disarungkan di hari bahagia mereka.

Sesuai dengan kualiti perincian dan curahan idea tersendiri dalam setiap rekaan yang dihasilkan, kita pasti dapat menjangkakan harga bagi setiap helaian hasilan pereka duo ini boleh sahaja mencecah ribuan ringgit.

Ini bagai satu penanda aras bahawasanya hanya ‘pengantin kayangan’ yang mampu menyarungkan helaian Rizman Ruzaini di majlis perkahwinan mereka. 

Justeru, demi merealisasikan impain lebih ramai bakal ratu sehari dan melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin berdaya saing kini, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW). 

Koleksi Klasik &Amp; Moden Kontemporari Rr Bridal Rtw 2022/23

Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin. Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuklah daripada rekaan klasik dan moden kontemporari. 

Berkongsi keistimewaan koleksi kali ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, menjadi kebanggaan untuk pihaknya dapat menunaikan impian wanita di luar sana yang selama ini menyimpan impian untuk memilih jenama ini di hari penting mereka. 

Koleksi Klasik &Amp; Moden Kontemporari Rr Bridal Rtw 2022/23

“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin. Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini seringkali menjadi pilihan mempelai terutamanya golongan selebriti. 

– Rizman Nordin
Koleksi Klasik &Amp; Moden Kontemporari Rr Bridal Rtw 2022/23

“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi.

Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya. 

– Rizman Nordin
Koleksi Klasik &Amp; Moden Kontemporari Rr Bridal Rtw 2022/23

Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium. Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffetapleated net dan renda. Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis.

“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan. 

“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, www.rizmanruzaini.com,”

Koleksi ini turut mengenengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka. Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lainnya seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi. 

Koleksi Klasik &Amp; Moden Kontemporari Rr Bridal Rtw 2022/23

Pada majlis pratonton koleksi RR Bridal RTW 2022/23 yang turut dihadiri barisan selebriti wanita popular negara,  Rizman berucap, “Saya sangat terharu dengan sokongan rakan selebriti yang selama ini menjadi nadi kepada perniagaan kami. Jadi kali ini, sama seperti tahun sebelumnya, ingin saya memperkenalkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ RR Bridal RTW 2022/23.”

“Menariknya, semua selebriti wanita yang hadir pada majlis hari ini masih berstatus ‘single’. Siapa tahu melalui pratonton hari ini mereka mendapat idea untuk rekaan pakaian pengantin mereka kelak? Selain itu, antara tetamu istimewa yang hadir pada hari ini juga adalah pelanggan kami yang bertuah sebagai antara yang pertama menyaksikan koleksi ini,” katanya

Sementara itu, berita baik buat bakal pengantin di luar sana, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal. Tempahan boleh dibuat secara atas talian atau pada majlis hari ini. 

Koleksi Klasik &Amp; Moden Kontemporari Rr Bridal Rtw 2022/23

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dolla | 16

Isu Berpakaian Seksi di Good Vibes Weekender, Dolla Tampil Mohon Maaf

Sweat It Out

Acara SWEAT IT OUT Bersama Finalis Mr World Malaysia 2022