in

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Syawal kali ini pastikan ia diraikan dengan nuansa emas pesona kecantikan mewah untuk raut wajah anda. Siapa kata keremajaan kulit tidak dapat dikekalkan? SAFI RANIA GOLD berkongsi rahsia kekal jelita tanpa mengira usia.

[dropcap]J[/dropcap]enama SAFI kini bukan lagi sekadar sebuah jenama produk kecantikan malah menggalas peranan sebagai teman baik wahana kecantikan wanita merentasi usia telah menganjurkan majlis “Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold” yang bertempat di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Majlis yang dianjurkan dengan usahasama ahli jawatankuasa Puspanita Jabatan Pendaftaran Negara merupakan peranan berterusan SAFI untuk mendidik wanita pentingnya memahami proses penuaan kulit dan menukar rejim penjagaan kulit wajah seawal tanda penuaan yang pertama.

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Puan Mahsuri Sulaiman Pengurus Kumpulan Produk – SAFI berkata:

“Wanita sering alpa tentang pentingnya memanjakan diri sendiri. Penjagaan kulit wajah adalah cara mudah untuk memanjakan diri dan menyuntik seri keyakinan diri. Ramai yang tidak tahu pada skala usia berapa mereka harus bertukar kepada rangkaian produk khusus untuk anti penuaan. Keperluan kulit wajah kita berbeza mengikut skala usia dan gaya hidup. Satu produk yang sama tidak mungkin mampu menjadi solusi kepada keperluan kulit pelbagai usia. SAFI RANIA GOLD ingin mereka mengorak langkah pertama mengekalkan keremajaan kulit, lantas majlis ini dianjurkan.”

“Majlis sebegini memberikan kami ruang untuk mengenali dengan lebih dekat para wanita SAFI dan berkongsi dengan mereka kepelbagaian rangkaian produk kecantikan SAFI dengan formulasi khusus untuk setiap skala usia. Kami berjaya membawa para wanita melalui transisi rejim kecantikan anti penuaan mereka yang pertama iaitu SAFI RANIA GOLD dan mengekalkan keremajaan kulit wajah.

SAFI RANIA GOLD turut mengundang Dr Sutina Nordin, seorang pakar estetik terkemuka tempatan untuk berkongsi lebih lanjut mengenai “Proses penuaan” merangkumi struktur kulit, faktor-faktor penyumbang dan solusi kepada masalah ini. Beliau turut berkongsi tentang keperluan dan kehendak kulit wajah pada usia yang berbeza dan pentingnya mempertingkatkan rejim kecantikan anda sebagai salah satu solusi kepada anti penuaan. Sesi perkongsian komprehensif beliau diakhiri dengan sesi soal jawab dari para hadirin mengenai masalah kesihatan kulit, terutamanya penuaan.

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

[pullquote align=”right”]Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold Jelita Tanpa Mengira Usia. Mulakanlah Sekarang! Aktifkan pupur kecantikan anti-penuaan emas anda![/pullquote]

Aura glamor majlis diserikan dengan kemunculan istimewa duta SAFI RANIA GOLD, Rozita Che Wan. Wanita Ikon yang menggalas pelbagai peranan hebat sebagai seorang ibu,pelakon dan usahawan turut mengambil peluang ini untuk berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan untuk tampil yakin.

Rozita turut menyentuh tentang pentingnya menyedari keperluan kulit selari dengan usia dan mencari rejim anti-penuaan yang bersesuaian. Beliau juga menegaskan dan percaya bahawa perawatan seawal tanda penuaan pertama mampu mengekalkan keremajaan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.

Selain meletakkan displin sebagai tunggak utama wanita untuk tampil menarik, beliau menyifatkan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD sebagai rangkaian produk anti penuaan tempatan berkualiti setaraf jenama antarabangsa dengan harga pasaran berpatutan sekaligus menolak pendapat sesetengah pihak bahawa perlu modal yang besar untuk kelihatan jelita.

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan formulasi Teknologi Emas Nano 24 karat dengan manfaat tindakan dwi-kuasa Amino Peptida yang menghasilkan dua kali lebih kolagen meresap jauh kedalam lapisan kulit untuk mengawal kekurangan kolagen serta merupakan agen membentuk,memperkuat tisu dan keanjalan kulit. Ia turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Rejim kecantikan Emas Rozita Che Wan tidak lengkap tanpa 3 produk kegemaran dan mesti ada beliau daripada SAFI RANIA GOLD. “Jika di rumah sudah semestinya saya akan menggunakan rangkaian lengkap produk SAFI RANIA GOLD. Tetapi dengan jadual kerjaya dan peribadi yang sentiasa sibuk, Pembersih wajah Lembapan mendalam SAFI RANIA GOLD, Serum SAFI RANIA GOLD dan Krim BB SAFI RANIA GOLD dengan SPF30PA++ adalah teman baik saya, memberikan manfaat nano emas 24 karat dan dwikuasa amino peptida baik untuk rejim kecantikan siang atau malam.

Pembersih wajah lembapan mendalam SAFI RANIA GOLD membersihkan kotoran pada muka terutamanya solekan dengan amat berkesan, struktur cecair produk yang pekat meresap terus untuk merawat kulit dan dengan hanya sekali cucian kotoran pada wajah hilang!, maklumlah sayakan sering mengenakan solekan tebal! Seloroh beliau.

Puan-puan jangan lupa serum merupakan rejim kecantikan yang penting harus ada di dalam rejim kecantikan anti penuaan. Serum SAFI RANIA GOLD dengan formulasi meresap pantas dan tidak melekit partikel nano emas 24 karat dengan amino peptida ini berfungsi merawat dan menganjalkan sel kulit dari dalam. Kali pertama saya menggunakan produk ini dalam masa 3 minggu sahaja saya sudah mula merasai perubahan serta mengurangkan kedutan dan garisan halus sehingga 55 peratus.

Buah hati saya yang terbaru adalah Krim BB SAFI RANIA GOLD dengan perlindungan SPF30PA++! Dwi fungsinya sebagai pelembap dan asas solekan ini menghalus, menganjalkan dan menyamaratakan tona kulit. Ianya begitu ringan amat sesuai untuk solekan natural ,siapa kata tidak perlu berhias dirumah? Krim bb ini yang hadir dengan manfaat pelindung kulit dari sinar Ultra Ungu membuatkan kita yakin untuk keluar dengan gaya bersahaja.” Rozita berkongsi tentang rejim kecantikan emasnya dengan berseloroh dan santai, personaliti tersendiri beliau yang disenangi dan sinonim dengan wanita-wanita SAFI seusia beliau.

Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama para hadirin dan menyampaikan kepada mereka cenderamata esklusif SAFI RANIA GOLD.

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Rozita Che Wan Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Semangat Ramadan Bersama COCA-COLA & HOT FM

Episod Kemuncak OH MY ENGLISH Musim Kedua