in , ,

Rozita Che Wan Pakai Busana ‘Social Distancing’, Trauma Dengan Covid-19

Dijangkiti virus Covid-19 pada 23 Februari lalu, pelakon Rozita Che Wan mengakui paranoid setiap kali dikelilingi orang ramai.

Mengambil langkah berjaga-jaga, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia memilih pereka fesyen untuk mencipta busana yang boleh menjaga jarak antaranya dengan orang sekeliling.

Rozita Che Wan Pakai Busana 'Social Distancing', Masih Lagi Trauma Dengan Covid-19

“Saya memang sangat berjaga-jaga. Selain melihat baju yang sesuai ke acara dengan padanan tudung dari Jol’s Luxe Fabrics ni.

“Rekaan pada bahu baju saya iaitu puff yang agak besar ni bukan direka sekadar suka-suka tapi boleh dikatakan ia baju social distancing.

“Bila bahu baju ni besar kiri kanan harapnya boleh mengelak orang berhimpit dengan saya ketika bergambar,” katanya.

Berkongsi pengalaman disahkan positif Covid-19, Che Ta berkata dia mengalami simptom yang agak teruk sehingga tidak larat bangun.

“Pengurus hubungi saya selepas sehari penggambaran dengan Han Byul untuk Mai Cheq Deco dan minta saya buat swab test. Saya terus ke klinik dan keputusannya positif.

“Kemudian pada sebelah malamnya, saya mula rasa sakit badan dan diikuti simptom lain seperti sakit kepala, cirit birit, muntah, batuk, demam dan selesema.

“Sepanjang 10 hari saya memang tak larat bangun serta terbaring sahaja di rumah. Malah, nak melihat telefon pintar sekali pun,” katanya.

Rozita Che Wan Pakai Busana 'Social Distancing', Masih Lagi Trauma Dengan Covid-19

Sementara itu, Pengasas Jouls Luxe Fabrics, Johan Lim berkata, dia dan isterinya, Alia @ Seri Hadia memilih Che Ta menjadi duta kempen berkenaan bagi memberi inspirasi dan membantu golongan ibu tunggal.

“Menerusi 10 peratus hasil jualan, kami akan salurkan kepada ibu tunggal, itu misi kami iaitu untuk bantu mereka bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Alia pula menjelaskan menerusi 13 koleksi tudung yang dikeluarkan untuk edisi tersebut direka sendiri, ia merujuk pada personaliti Che Ta.

“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Beliau ni nampak saja macam seorang diva, tetapi tidak selepas mengenalinya dengan lebih dekat.

Rozita Che Wan Pakai Busana 'Social Distancing', Masih Lagi Trauma Dengan Covid-19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Detik Gembira Bersama Habib Di Pesta Berlian Sepanjang Bulan Mac

PS Food & Beverage Hasilkan BioWonders Ikhtiar Melawan Pasca Covid-19