in ,

Rozita Che Wan Jawap Gossip Ke London Bersama Bekas Menteri

Kontroversi memang cukup sinonim dengan pelakon jelita lagi seksi, Rozita Che Wan. Lepas satu, satu isu panas terpalit ke atas diri pelakon yang mesra di sapa Che Tah ni. Tuan punya badan sendiri pernah meluahkan yang dia sendiri muak dengan cerita-cerita tidak benar tentang dirinya.

Terbaru, ada dakwaan mengatakan dia telah terbang ke kota London, UK baru baru bersama seorang VIP yang juga bekas menteri. Khabarnya siap dengan bukti tiket & dokumen.

Gossip tersebut juga menyebut dia menerima tiket percuma daripada VIP tersebut dan adiknya, Ayu Raudhah hadir bersama sebagai pengabur mata para peminat.

“Bekas menteri mana pula? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tidak faham dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul,” kata Rozita Che Wan kepada Sinar Harian.

“Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya sudah lali dengan situasi seperti ini,” tambahnya yang kini sedang berada di Jepun untuk penggambaran drama Kiah Spy Jepun.

Dalam pada itu bercakap tentang isu gambar bogel yang didakwa miliknya, Rozita Che Wan bertekad untuk mengambil tindakan saman terhadap wartawan hiburan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Rozita Che Wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Perempuan Rebecca Nur Al-Islam

The Vella Lancar Album Mengejar Mimpi