in , ,

Rosyam Nor Bidas Kenyataan Zul Yahya Yang Mengatakan Bidang Perfileman Tak Berkat

Sebelum ini bekas pelakon, Zul Yahya telah menyeru penggiat seni terutamanya krew perfileman agar meninggalkan melupakan industri hiburan dan memilih pekerjaan yang lebih di berkati Allah SWT.

Malah menurut Zul, pekerjaan dalam industri ini dipenuhi dengan dosa dan hanya berpihak kepada keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja. Perkata itu bagaimapun mendapat reaksi yang berbeza daripada pelakon, penerbit dan usahawan terkenal, Datul Rosyam Nor yang dilihat tidak senada dengan kenyataan Zul.

Rosyam-Nor-Bidas-Kenyataan-Zul-Yahya-Bidang-Perfileman-Tak-Berkat

Menurutnya kenyataan itu adalah tidak wajar sama sekali memandangkan ianya adalah perkara yang berkait dengan rezeki.

View this post on Instagram

korapsi , rasuah ,salah guna kuasa dan pentingkan keuntungan peribadi tak henti2 berlaku dalam industri film & drama tanahair

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

“Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

“Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara yang buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.

– Rosyam Nor
rosyam-nor
Menurut Rosyam tindakan Zul telah mengguris hati penggiat seni lainya Foto :Hmetro

Tambah Rosyam lagi kebanyakan krew belakang tabir ramainya tidak kekal dalam bidang yang sama dan akan beralih ke industri lain justeru tuduhan Zul yang bekerja dalam bidang seni tidak berkat telah mengguriskan perasaan ramai orang.

“Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang. Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga,”

“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.

“Kita pun pernah dengar tabung masjid kena curi serta kita pernah dengar barang-barang masjid kena curi dan yang mencuri pun orang dalam juga,”

– Rosyam Nor

Rosyam bagaimanapun enggan perkara ini diperbesarkan malah menolak pertemuan bersama Zul Yahya untuk berdebat mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu isu berkenaan diperbesarkan.

What do you think?

82 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Noryn Aziz

Butik BOKITTA Kini Dibuka di Suria KLCC

Beraya di Rumah di Syawal Ini dengan LEBARAN ERA INI