Pada malam ini, debaran program realiti hiburan My Starz LG akan tiba ke kemuncaknya. Setelah Azri diumumkan terkeluar, kini terjawablah sudah 4 finalis yang bakal berentap di pertandingan akhir pentas My Starz LG. Wana, Hairi, Nashrin dan Cassie tentunya gembira setelah diistiharkan layak ke peringkat akhir setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran semenjak awal pembabitan mereka. Namun, pahit getir yang dilalui bakal berbaloi setelah mempamerkah kehebatan masing-masing pada malam ini. Siapakah antara mereka bakal dinobatkan sebagai Juara My Starz LG musim ke-2?
Acara gilang-gemilang peringkat akhir My Starz LG ini juga turut dimeriahkan oleh artis-artis tempatan seperti Jamal Abdillah, Sarah Raisuddin, Misha Omar dan Fiq yang bakal berduet dengan peserta. Selain dari itu, penonton juga turut dihiburkan oleh artis-artis terkenal tanah air dan dari negara seberang, Faizal Tahir, Mawi dan Rossa.
Untuk ketahui siapakah juara Mystarz LG, saksikan peringkat akhir My Starz LG yang akan diadakan pada:
Tarikh :
22 Februari 2008 (Ahad)
Masa :
8.00 malam (Siaran langsung bermula jam 9.00mlm)
Tempat :
Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Tema Pakaian :
Glamour
Budiey: Kepada pembaca bertuah yang mendapat tiket final, sila jumpa Budiey di PWTC pada malam ini. Sila hubungi Budiey. Terima kasih.
SUKA SANGAT LAGU “SAMPAI SYURGA”………..
yaa…aku pn suka..ala2 indon song..
melebih pulakkk…
mmg best lagu2 faizal tahir ni…dia salah seorg pnyanyi lelaki yg mmpunyai vokal yg baik n mantap..lebih2 lg kalau nyanyi live, hrp2 dia akan terus sukses dlm kariernya & buangkan sikap & penampilan yg negatif…syg kalau bakat yg Allah beri dipersia-siakan begitu saje…
Lagu memang best tapi benci orangnya yang hilang pegangan dan pedoman
adekepatut…u tahu ke yg die tu mcm tu..ultraman lak leh tngo2 hati orng..renungkan la sepa kita…
Budiey .. sy nak pas masuk percuma tonton mystars LG bleh ?
budiey nak ticket dua boleh ? 😀
betul tu keegoan melampaui kebakatan..hu2..
nk tgk jamal gan misha perform..