in , , ,

Ronnie Hussein Ikut Kata Hati dalam ICSYVMY3

ICSYVMY3 Minggu 16 yang disiarkan pada hari Ahad lalu dimeriahkan lagi dengan gelagat Ronnie Hussein sebagai artis jemputan. Kali ini, panel penyiasat tetap ICSYVMY3 iaitu Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam turut disertai seorang pelakon, penerbit dan pengarah berpengalaman iaitu Erma Fatima dan Ayie Floor 88 yang pernah menjadi artis jemputan ICSYVMY musim sebelumnya dan kini hadir sebagai panel penyiasat jemputan.

Ronnie membuat kesilapan pertama apabila dia menyingkirkan penyanyi misteri ketiga, seorang operator pengeluaran kenderaan tempatan (Mohd Firdaus Mat Lani) dari Sipitang, Sabah sekampung dengan Ayie yang merupakan seorang penyanyi sebenar. Malah, Jihan turut memuji nyanyian Firdaus yang sangat hebat seiras dengan Achey.

Di pusingan kedua pula, penyanyi misteri yang dipilih Ronnie ialah penyanyi misteri kedua, seorang ahli kumpulan dikir barat (Nur Hafizzatulaila Mohd Fauzi) dan penyanyi misteri kelima, seorang pemain hoki (Muhd Haikal Fikri Mohd Azizi). Keputusan ini merupakan pengaruh Erma dan Mark yang sangat yakin bahawa mereka berdua merupakan penyamar.

Ronnie _ Pemenang (3)
Ronnie Hussein Ikut Kata Hati dalam ICSYVMY3

Dua kali Ronnie ikut nasihat panel, dua kali juga salah kerana Laila merupakan seorang penyanyi sebenar, studio riuh sekali apabila Erma mengaku dia merupakan panel yang mempunyai muslihat untuk mengelirukan Ronnie. Penyanyi misteri kelima, Haikal merupakan penyamar yang menyampaikan lagu “Kita Jaga Kita” dengan gementar tetapi persembahannya amat menghiburkan. 

Berkali-kali Ronnie membuat pilihan yang salah namun beliau tetap optimis. Di pusingan ketiga, setelah mendengar semua maklumat tambahan, Ronnie memilih untuk menyingkirkan penyanyi misteri keenam, seorang kerani di hospital (Asral Wali Abu Hassan) yang menyanyikan lagu Aiman Tino di pentas penentuan dengan sangat merdu sekali. Rupa-rupanya Asral telah pun mempunyai single sendiri.

Ronnie _ Pemenang (2)
Ronnie Hussein Ikut Kata Hati dalam ICSYVMY3

Ronnie tidak lagi mempercayai kesemua panel dan ingin melawan arus namun masih tersilap membuat pilihan. Hampir kesemua penyanyi sebenar telah disingkirkan Ronnie. 

Di pusingan terakhir, Ronnie menyingkirkan seorang pelatih industri TV digital (Nur Amira Fauzi). Akhirnya Ronnie berjaya membuat keputusan yang betul kerana Amira merupakan seorang penyamar bersuara sumbang. Ronnie telah memilih penyanyi misteri keempat, seorang pelayan pelanggan (Nisha Nabila Nur Azlan) untuk berduet dan ternyata kata hati Ronnie benar, kerana Nisha menyanyikan lagu Menanti Janji dengan sangat merdu.

Ayie Floor 88
Ayie

Nyanyian duet mereka sangat harmoni dan secara automatiknya, Nisa berjaya merebut peluang untuk membuat single bersama Monkey Bone!

Jangan lupa untuk menonton episod seterusnya yang bakal bersiaran pada hari Ahad ini (26 Julai 2020) yang akan menampilkan Amy Mastura sebagai juri jemputan. Manakala pelakon hebat Maya Karin dan Amyza Aznan pula akan hadir sebagai panel penyiasat jemputan.

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, “Kekal Aktif, Kekal Berinternet” sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, “Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda” sebagai penaja bersama. 

Eirma Fatima
Eirma Fatima

Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen bersama Yean Zi Hong sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Ronnie Hussein
Ronnie Hussein Ikut Kata Hati dalam ICSYVMY3

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ara Johari Asyik Tertipu dalam ICSYVMY3?

KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna