in , ,

Romantis Awal Ashaari & Scha Alyahya di Everland Korea

Tak nak cakap banyak, Budiey hanya nak letak gambar-gambar romantis pelakon Awal Ashaari & Scha Alyahya semasa mereka menjalani pengambaran program Traveloque bersama AirAsiaX ni. Selepas masing-masing sibuk, nak dating pun takde masa, jadi masa inilah mereka nak berkongsi ccerita dan menghabiskan masa bersama-sama walaupun Awal kini sibuk dengan mengacara program traveloque. Scha diterbangkan khas sebagai tetamu dalam program ini. Selain Scha, pelakon Didie Alias juga dijemput dan diterbangka ke Korea untuk menjadi tamu Awal Ashaari. Hebat betul program ini sebenarnya sebab Budiey rasa menonton program traveloque ni seperti kita betul-betul dapat melancong ke Korea ni. Tidak apa tunggu je tahun depan di mana program ini akan disiarkan di Astro rasanya sebab Scha kan artis eksklusif Astro.

Sementara itu, Budiey ada terbaca tentang Scha dalam Mstar Online:

Awal Pelengkap Kekurangan
Soal cinta dan perhubungan, biar puluhan kali diajukan kepada mana-mana artis sekali pun, memang tidak pernah terkecuali daripada topik bualan. Tiada pengecualian juga bagi Scha. Namun, keterbukaannya dalam berkongsi kisah cintanya dengan pengacara dan pelakon Awal Ashaari cukup menyenangkan. Ringkas mengulas perkara itu, Scha berkata, pendekatan yang dipilihnya iaitu berterus-terang tentang soal cintanya adalah kunci yang mengurangkan kontroversi murah terus bertandang.

Sejak awal lagi, kami tidak pernah bersembunyi atau berdolak-dalik. Apabila orang sudah tahu, mereka akan berpuas hati dan tidak terus mendakwa itu dan ini.

“Mungkin sebab itu, hubungan saya dan Awal kurang dicemari cerita remeh-temeh atau kontroversi yang bukan-bukan,” jelasnya.

Sekalipun kisah cinta yang bersemi sejak dua tahun lalu itu bukan topik segar di kalangan peminat, tarikh keramat yang bakal memaktubkan penyatuan pasangan ini terus mengundang teka-teki. Malangnya, Scha mengakui kebahagiaan mereka masih tidak dapat dinoktah dengan ikatan perkahwinan, sekali pun perancangan ke arah itu sering dibincangkan.

“Walaupun ramai yang membuat spekulasi kononnya kami akan melangsungkan perkahwinan pada Januari depan, saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Memang kami kerap berbincang tentang perkahwinan tetapi masih tiada ketetapan yang dibuat kerana kesibukan masing-masing. Apatah lagi untuk menetapkan tarikh tertentu seperti yang dicanangkan itu,” hurainya.

Ditanya pula tentang keyakinannya untuk bersuamikan pemuda berusia 30 tahun itu, Scha menyifatkan Awal sebagai pelengkap kekurangan dirinya.

“Selepas dua tahun berkawan, kami semakin mengenali di antara satu sama lain dan bersedia untuk ke fasa seterusnya. Dia (Awal) adalah lelaki yang mengimbangi kekurangan saya.

“Jika saya marah, dia akan tenang untuk mengendurkan ketegangan. Apa juga kelebihan atau kekurangan diri saya diisi olehnya. Saya harap persefahaman dan keserasian ini akan terus bertahan,” katanya.

Awal Ashaari Korea

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Awal Ashaari & Scha Alyahya Everland

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kenangan Awal Ashaari & Scha Alyahya di Suwon Korea, Travelogue Bersama AirAsia

Block iPhone4S Sales in Japan and Australia