in , ,

Rody Sindir Syed Saddiq Mintak Derma Bayar Ikat Jamin, Akhirnya Berjaya Kutip RM717Ribu!

Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon bantuan rakyat membayar ikat jamin berjumlah RM330,000 rupanya tidak disenangi oleh orang ramai. Namun begitu, dalam ramai yang tak suka, kutipan telah berjaya mencecah RM715 ribu!

Ia termasuklah pemain gitar kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin.

Di Instagram, Rody menempelak tindakan Ahli Parlimen Muar itu di kala rakyat sedang susah dengan mengatakan beliau sudah boleh mengibarkan bendera putih.

Rody Sindir Syed Saddiq

“Korang rasa, kalau jumpa depan-depan dengan mereka (ahli politik), mereka bagi tak kalau kita minta RM100?

“Esok keluar tajuk berita ‘Rakyat Malas Tak Kerja’,” tulisnya di Instastory.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dana milik Parti Pribumi Bersatu berjumlah RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, namun mengaku tidak bersalah.

RODY SINDIR SYED SADDIQ

Kredit foto: IG

Rody sebelum itu juga menyarankan golongan ilmuwan dan agamawan supaya menunjukkan teladan baik dipercayai susulan kontroversi Ebit Lew, Caprice dan Nadir.

Syed Saddiq bagi tak kalau kita minta RM100 kalau berjumpa depan-depan seperti dikata Rody?

RODY SINDIR SYED SADDIQ

Syed Saddiq Berjaya Kumpul Rm715,573 Dalam Masa Sehari

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan telah berjaya mengumpul dana bagi membayar wang jaminan serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau berhutang nyawa dengan rakyat Malaysia dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM715,573.77 daripada 9,836 penyumbang.

“‘Saya terhutang budi dengan Malaysia; 24 jam; RM715,573.77; 9,836 penyumbang. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya selamanya terhutang budi.

“Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia,”

– Syed Saddiq

Jelas beliau, dana yang berjaya dikumpul menerusi kempen ‘Saddiq Tetap Lawan’ itu lebih dari mencukupi untuk membuat bayaran jaminan.

“Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan. Tiada ugutan, tiada intimidasi dan tiada tawaran yang akan melemahkan tekad saya untuk meletakkan Malaysia sebagai yang utama.

“Saya di sini kerana rakyat, jatuh bangun di tangan rakyat, terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua,”

– Syed Saddiq

Terdahulu, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah, Kuala Lumpur semalam di atas dua pertuduhan iaitu penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta dan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak mengaku bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan kedua dengan masing-masing seorang penjamin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama Bersiri LOCKDOWN

Selepas Ikuti Isu Caprice,Nadir & Ebit Lew, Ini Ulasan Peguam Dalam Menentukan Siapa Betul