in , ,

Rock’n Riuh! Bersama Unifi di Kuala Lumpur Dirasmikan, Tutup Tirai 2022

‘Rock’n Riuh! Bersama Unifi’ Kembali Ke Lembah Klang, Bakal Tarik Lebih 20,000 Pengunjung Di Kuala Lumpur

‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’ diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Kumpulan MyCreative yang berlangsung selama tiga hari mulai 16 hingga 18 Disember 2022 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dan ucapan perasmian dibacakan oleh Ketua Setiausaha KKD, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek yang mewakili YB Menteri pada hari ini. 

Program Kembara RIUH merupakan antara inisiatif Kerajaan dalam memperkasa dan memperluas potensi penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan di seluruh negara dan menjadi landasan yang menggerakkan para penggiat dan usahawan kreatif untuk menjana pendapatan daripada hasil kreativiti mereka. 

Gambar 2 - MAJLIS PERASMIAN ROCK'N RIUH! BERSAMA UNIFI
Photo Credit: All Is Amazing (IG: @allisamazing)

Penganjuran program ini menyediakan platform yang penting bagi meningkatkan keterlihatan pasaran (market visibility) serta peluang mempromosi produk dan bakat kreatif bagi memacu ekonomi industri kreatif. 

Setelah menganjurkan lima edisi Kembara RIUH di luar Lembah Klang iaitu Johor, Sabah, Melaka, Kelantan dan Perak yang telah berjaya menarik 162,254 pengunjung, edisi keenam program Kembara RIUH kali ini kembali semula ke Lembah Klang dengan kerjasama strategik perkhidmatan jalur lebar unifi dan dikenali sebagai ‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’ yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian Resort. 

Dalam edisi keenam ini, ‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’ membawa pelbagai aktiviti termasuk persembahan muzik, tarian moden dan tradisional, gerai pop-up, aktiviti komuniti seperti golf mini dan papan selaju, serta pameran seni seperti ‘CLOUD’ oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA). 

Gambar 1 - MAJLIS PERASMIAN ROCK'N RIUH! BERSAMA UNIFI
Photo Credit: All Is Amazing (IG: @allisamazing)

Pelbagai bengkel kreatif serta demonstrasi seni tradisional dan kontemporari seperti mencanting batik, sulaman, tufting, membuat terrarium dan banyak lagi turut diadakan. 

Majlis perasmian ‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’ turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan MyCreative, YBrs. Encik Noor Azmi Mat Said dan Ketua Pegawai Strategik Telekom Malaysia, YM Tengku Muneer Tengku Muzani. 

Seluruh warga Lembah Klang dan negeri-negeri berhampiran dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada para usahawan dan penggiat industri kreatif tempatan di ‘ROCK’N RIUH! BERSAMA UNIFI’. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

16 Baris Kembali di Musim Ketiga, Siapa Artis Hip Hop Baharu Diperkenal?

AISHA RETNO

Bakat Aisha Retno Terus Mekar, Lancar Single ILSM (I Love Sadness More)