in , ,

Robert Downey Jr. & Matt Damon Sertai Filem OPPENHEIMER Arahan Christopher Nolan

Pelakon Veteran MCU, Robert Downey Jr. dan pemenang Oscar, Matt Damon secara rasmi telah menyertai barisan pelakon filem biografi drama Oppenheimer arahan Christopher Nolan untuk Universal Pictures.

Projek terbaru ini menyatukan semula Damon dengan Nolan selepas Interstellar (2004), manakala ini merupakan kerjasama pertama di antara Downey dengan pembikin filem terkenal itu. Butiran lanjut mengenai watak mereka masih lagi dirahsikan. 

Mereka akan sertai Cillian Murphy (Peaky Blinders) yang akan memainkan watak utama sebagai J. Robert Oppenheimer, saintis yang mengetuai penciptaan bom atom, dan Emily Blunt sebagai isteri kepada Oppenheimer. Ini menandakan kolaborasi keenam diantara Murphy dan Nolan selepas trilogi The Dark Knight, Inception dan Dunkirk.

Robert Downey Jr. &Amp; Matt Damon Sertai Filem ‘Oppenheimer’ Arahan Christopher Nolan

Oppenheimer berdasarkan buku pemenang Hadiah Pulitzer, American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer karya Kai Bird dan mendiang Martin J. Sherwin. Christopher Nolan akan menulis dan mengarahkan filem ini, dengan Universal Pictures menjadi pengedar rasmi untuk pasaran seluruh dunia. Emma Thomas, Charles Roven dan Nolan akan berkhidmat sebagai penerbit. 

Filem ini dijangka memulakan produksi pada awal 2022, dan dilaporkan akan dirakam dengan menggunakan kombinasi IMAX 65mm dan format-besar filem 65mm. 

J. Robert Oppenheimer adalah ahli teori fizik Amerika dan profesor fizik yang menjadi ketua Makmal Los Alamos sewaktu Perang Dunia Kedua. Dia merupakan salah seorang saintis yang dikreditkan sebagai “bapa bom atom” untuk peranan mereka dalam Projek Manhattan – iaitu projek rahsia untuk penciptaan senjata nuklear pertama.

Oppenheimer juga terkenal dengan kata-katanya, “Sekarang saya menjadi Kematian, pemusnah dunia,” merujuk pada kitab suci Hindu Bhagavad Gita setelah berjaya meletupkan bom atom pertama pada 16 Julai 1945.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia-2020

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Sulung Tanpa Kuarantin Hari Ini Ke Bangkok

Nora Danish Minaz

Guna Nora Danish, Koleksi MINAZ Hijab Terjual 150,000 Helai Dalam Tempoh Kurang Sejam