in

Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin di Road Tour Lelong Amal Suria FM

ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM

Road Tour Lelong Amal Suria FM akan diadakan pada 30 Mei (SABTU INI) di Dataran Pahlawan Melaka dan 31 MEI (AHAD) di Dataran Teluk Kemang Port Dikson bermula 3 ptg akan dimeriahkan dengan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin, Nubhan, Kumpulan Divine Master, dan ramai lagi.

Selain menghiburkan penonton, artis turut melelong barangan peribadi mereka. Orang ramai dijemput hadir. Temui juga barisan penyampai Suria FM seperti Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Naim dan Lin. Hasil lelongan akan di serahkan kepada Pusat Perlindungan Pernim (anak anak hiv positif).

Jom kita sertai lelongan amal ini!

2387079607 9B71F9F739 | 4

Farah Asyikin pun turut sama join!

2939746664 Ceee546E01 | 5

Stacy

2624663909 77Fa56B160 | 6

Dayang Nurfaizah

Berikut ini adalah rumusan Keputusan Survey Terbaru AC Nielsen : Suria FM

Suria FM telah berjaya sekali lagi menambah jumlah pendengarnya dengan peningkatan tertinggi sejak mula beroperasi pada 2006.

Peningkatan darpada 569 ribu jumlah pendengar pada survey yang lepas kepada 747 ribu.

Dengan keputusan yang diumumkan oleh pihak AC Nielsen ini, bermakna Suria fm adalah stesen radio Melayu paling cepat mengalami perkembangan daripada survey lepas berbanding saingan terdekat lain  iaitu sebanyak 31 %.

Peningkatan sepanjang hari terutama segmen [email protected] (6 pagi – 10 pagi) Sehingga 80 %. Demographic [email protected] 20 – 29 tahun meningkat peratusan lebih tinggi dari pesaing terdekatnya sehingga 68 % dan 30 – 39 tahun sebanyak 382%. Penduduk Lembah Kelang dan Selangor semakin ramai mendengar [email protected] dengan peningkatan sebanyak 100% berbanding survey lepas. Peningkatan jumlah pendengar di kawasan Bandar Bandar utama juga terdapat peningkatan sehingga 47%.

Segmen ‘ Suria Drive In’ (4 ptg – 8 mlm) juga menunjukkan peningkatan yang sungguh baik. Pendengar yang berpendapatan 4 ribu keatas juga mengalami peningkatan sebanyak 36% dan pendengar dikalangan pekerja kolar putih juga bertambah sehingga 80 %

Suria fm akan terus menyajikan MUZIK TERBAIK TANPA HENTI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Hijau Kuning 2009

ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 12