in

RM100 Ribu Jadi Rebutan Pemenang Finalis Gah 1

RM100 RIBU JADI REBUTAN SEMBILAN FINALIS GAH 1.

Dato’ Norhyati Ismail bersama artis, penerbit dan wakil Sunway Lagoon di Sidang Media Malam Kemuncak Gah 1 Akhir

Sembilan buah lagu yang akan bertanding pada Malam Kemuncak Gah 1 Akhir musim ke-7 yang akan berlangsung pada 30 Mei ini bermula daripada jam 8.30 malam di saluran TV2 serta saluran ASTRO 180 Muzik Aktif adalah disenaraikan seperti berikut:

Lagu : Rawan
Penyanyi : Azharina Azhar
Lagu : Hazami
Lirik : Hazami

Lagu : Cinta Adam dan Hawa
Penyanyi : Misha Omar
Lagu : Azmeer
Lirik : Loloq

Lagu : Cinta Gila
Penyanyi : Grey Sky Morning
Lagu : Ejal GSM & Yatt
Lirik : Ejal GSM

Lagu : Tak Mungkin Kerna Sayang
Penyanyi : Alyah
Lagu : Ajai
Lirik : Habsah Hassan

Lagu : Rindu Terhenti
Penyanyi : Tomok
Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Tintas

Lagu : Bencinta
Penyanyi : Faizal Tahir
Lagu : Audi Mok
Lirik : Audi Mok & Faizal Tahir

Lagu : Pakai Buang
Penyanyi : Stacy
Lagu : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Lagu : Khatimah Cinta
Penyanyi : Sixth Sense
Lagu : 6ixth Sense
Lirik : 6ixth Sense

Lagu : Menggegar Dunia
Penyanyi : Stacy & Adam
Lagu : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Malam Kemuncak Gah 1, bakal berlangsung di pentas terbuka di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya. Pas-pas percuma untuk menyaksikan acara muzik terbesar ini boleh didapati di Balai Pengawal RTM Angkasapuri bermula daripada 20 Mei 2010 selain turut diedarkan di kaunter tiket di Sunway Lagoon.

Selain sembilan finalis yang bertanding, beberapa artis jemputan yang turut menghiburkan penonton pada malam kemuncak itu antaranya Siti Sarah, Nubhan, One Nation Emcees, Kumpulan Kristal dan Kumpulan Aisunam serta ramai lagi artis popular dijadualkan bakal menggegarkan Taman Tema Air Terbesar di Malaysia itu bersama tema fiesta.

Nantikan pertaruhan para finalis dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik selain Anugerah Lagu Tempat Kedua, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS dengan jumlah wang kemenangan keseluruhannya mencecah RM 100,000.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Unjul Nak Jadi Orang Lakonan Jue Aziz, Zul Huzaimy

Keputusan Kaji Selidik AC Nielson Mac 2010 Suria FM & Red FM