in , ,

Rizman Ruzaini Perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal ’23

Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan pakaian pengantin, 17 tahun membina jenama ini melalui rekaan yang eksklusif dan mewah ternyata kreativiti dua pereka terkenal Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini sering kali menjadi pilihan.

Memberi jaminan mutu sebagai asas kepada setiap ciptaan mereka, kini rekaan Rizman Ruzani cukup gah bukan sahaja sebagai persalinan biasa malah menjadi pilihan kebanyakan pengantin, daripada orang biasa sehinggalah golongan kenamaan mahupun selebriti.

Melihat penerimaan jenama ini yang cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, Rizman Ruzaini kini muncul dengan impian untuk menggayakan setiap bakal pengantin di negara ini.

Rizman Ruzaini Perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal '23 Mampu Milik

Merangka impian ini sejak beberapa tahun lalu, antara langkah pertama yang diambil jenama ini adalah dengan memperkenalkan Junior Designer yang akan membantu Rizman Ruzaini Bridal dalam merealisasikan rancangan ini.

“Ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen antarabangsa, malah jenama terkenal lain memang mempunyai pereka muda sebagai pelapis. Di Rizman Ruzaini sendiri kami mahu menuju ke destinasi yang lebih jauh dan mempunyai seseorang yang akan membawa aspirasi kami pada waktu ini sangat penting.

Rizman Ruzaini Perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal '23 Mampu Milik

“Bukan satu kerja mudah, dalam tempoh pencarian ini juga, elemen utama yang kami ambilkira adalah Junior Designer yang bakal dipilih memahami DNA Rizman Ruzaini. Alhamdulillah selepas hampir setahun, kami diketemukan dengan Akmal yang kami yakin mampu menyempurnakan setiap rekaan dengan sentuhan Rizman Ruzaini,”katanya.

Rizman Ruzaini Perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal '23 Mampu Milik

Melihat kehadiran Akmal juga sebagai penanda aras kepada perniagaan mereka kini, jelas Rizman, penting untuk setiap pelanggan mereka di luar sana tahu bahawa hasil setiap rekaan Junior Designer ini tetap akan dipantau oleh Rizman dan Ruzaini sendiri. Ini bagi memastikan nilai estetik yang sentiasa menjadi dambaan jenama ini akan terus dapat dikekalkan.

“Kami berhasrat mahu menjadi sebahagian daripada hari penting setiap pengantin di Malaysia, memang itu yang menjadi impian kami berdua sebenarnya. Namun kita perlu bersikap realistik. Bagi saya soal kadar bayaran masih menjadi agenda utama pengantin di luar sana.

“Jadi kehadiran junior designer ini adalah solusi daripada kami buat semua bakal pengantin. Dengan harga permulaan hanya dari RM4,000 tidak mustahil lagi buat mereka untuk menyarung busana jenama Rizman Ruzaini si hari bersejarah mereka. ” jelasnya.

Rizman Ruzaini Perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal '23 Mampu Milik

Tidak sahaja perlu kreatif dalam soal rekaan, tambah Rizman kriteria yang turut ditekankan dalam pemilihan Junior Designer ini juga adalah persembahan diri serta kemampuan berkomunikasi dengan baik.

“Tidak dinafikan bila bercakap soal bakat kami bertemu dengan ramai pereka muda dan berbakat, tetapi antara kesilapan besar mereka adalah apabila melihat industri ini sebagai batu loncatan mereka untuk berada dalam dunia glamor. Bukan sesuatu yang tidak baik sebenarnya, tetapi fokus utama yang perlu mereka lihat adalah perniagaan dan dunia glamor hanya bonus bila berada dalam industri ini.

“Selain itu, sifat yang perlu ada pada pereka juga bagi saya adalah kemampuan mereka dalam menyampaikan apa yang pelanggan mahu. Rekaan yang baik adalah rekaan yang menyentuh gaya personal setiap pemakai,” katanya.

Rizman Ruzaini Perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal '23 Mampu Milik

Sementara itu berkongsi rasa syukur, Akmal memberitahu dia cukup bertuah untuk berada di bawah kelolaan dua pereka terkenal negara ini. Tambah anak kelahiran Sandakan, Sabah ini juga seperti yang dijanjikan dia akan menyalurkan kreativitinya yang disesuaikan dengan setiap rekaan jenama ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada Rizman dan Ruzaini kerana mempercayai bakat yang saya ada. Bukan mudah sebenarnya saya membawa jenama sebesar ini, justeru apabila diberi peluang saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk saya mencabar diri,” jelasnya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri KAU CIPTA KASIH Lakonan Nazim Othman, Uyaina Arshad

Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati Tarikan Cahaya Israk Mikraj