in ,

Riz Amin Anggap Hari Raya Tahun Ini Paling ‘Rare’

Pelakon Korban Kasih, Riz Amin, 35, menganggap Syawal kali ini paling ‘rare’ saat seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik COVID-19.

Saban tahun, Aidilfitri disambut dengan suasana meriah, namun cukup berbeza tahun ini. Bukan sekadar ala-kadar, malah kemeriahan tidak terasa apabila dilarang balik kampung merentas negeri dan tiada aktiviti kunjung mengunjung bagi memenuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, keutamaan pelakon filem Kalla: Hidup Atau Mati dan Polis Evo 2 tetap diberikan kepada puteri kesayangannya, Putri Natalia Eryna Norizman.

Riz Amin

“Saya tidak beriya-iya melakukan persiapan raya kali ini. Memang ‘rare’ berbanding raya tahun sebelumnya. Kita terbatas dengan banyak perkara termasuk tidak boleh merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

“Persiapan saya dan isteri sekadar cukup syarat. Kami lebih mengutamakan keperluan Putri Natalia. Jika tiada PKPB, kelengkapan anak yang dicari terlebih dahulu,”

– Riz Amin

Riz atau nama sebenarnya, Norizam Amin Nordin berkata, sambutan raya dalam diraikan dalam tempoh singkat memandangkan situasi semasa tidak mengizinkan.

“Rumah keluarga mentua di Bukit Jelutong, saya pula tinggal di Shah Alam. Jaraknya sangat dekat. Jadi, kami tidak beraya lama-lama.

“Aktiviti kunjung mengunjungi hanya hari pertama sahaja. Itupun sanak saudara berpesan, jangan datang serentak bagi mengelak perhimpunan dalam kelompok ramai.

“Secara kebetulan, giliran beraya di kampung isteri di Selangor, tahun ini. Selalunya, saya tetap akan balik ke Kedah selepas beraya di sini.

“Cuma, agak sedih tak dapat bertemu keluarga dan sanak saudara di kampung, tahun ini. Tak mengapalah, saya tetap akan balik kampung selepas habis tempoh PKPB,”

– Riz Amin
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND® Malaysia Resort Primed for New Measures in Place

Sebab Utama Tun Mahathir Digugur Keahlian Parti BERSATU