in , ,

Rihanna Dikecam Hina Islam, Permainkan Hadis Di Pertunjukan Pakaian Dalam

Sehingga kini, pihak Rihanna tidak memberi sebarang maklum balas mengenai insiden tersebut dan laman Twitter ketika ini turut trending dengan nama Rihanna.

Nama penyanyi antarabangsa Rihanna, 32, menjadi trending di laman Twitter susulan penggunaan lagu tema yang tidak sesuai melatari pertunjukan pakaian dalam jenama keluarannya, Savage X Fenty yang berlangsung baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, lagu remix ciptaan DJ Coucou Chloe itu mengiringi kemunculan model-model seksi yang memperagakan koleksi terbaharu Fenty. 

Rihanna
Pertunjukan fesyen pakaian dalam, Savage x Fenty baru-baru ini tamat dengan sebuah kontroversi yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.

Lagu yang dicipta empat tahun lalu berjudul Doom itu menyelitkan petikan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai hari kiamat.

Rihanna Guna Hadis Islam Sebagai Lagu ‘Fashion Show’

Susulan perkara itu, netizen terutamanya yang beragama Islam dari seluruh dunia menuntut penyanyi kelahiran Barbados itu tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kempennya yang dilihat menghina agama dan umat Islam.

Rata-rata peminat berasa kecewa dan mengecam tindakan Rihanna dan krew nya yang yang menggunakan lagu tersebut tanpa sebarang usul periksa.

ikhabarkan, ini bukanlah kali pertama Rihanna dikatakan cuba menjatuhkan imej agama Islam dengan menampilkan model berhijab dalam iklan jenamanya.

“Hi Rihanna, kenapa anda memilih lagu Doom untuk dimainkan dalam pertunjukan anda?

Ianya begitu mendukacitakan selepas mendapat tahu mengenainya. Lagu-lagu anda mengagumkan dan mempunyai lirik yang baik. Adalah lebih bagus jika mainkan lagu anda sendiri berbanding Doom tersebut”

– peminatnya di media sosial.

Sehingga kini, pihak Rihanna tidak memberi sebarang maklum balas mengenai insiden tersebut dan laman Twitter ketika ini turut trending dengan nama Rihanna.

Rihanna Dikecam Hina Islam, Permainkan Hadis Di Pertunjukan Pakaian Dalam
Rihanna Dikecam Hina Islam, Permainkan Hadis Di Pertunjukan Pakaian Dalam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarah Hildebrand | 23

Sarah Hildebrand Sakit Hati, Ada Orang Sekat Rezeki, Patutlah Tiada Tawaran Berlakon

Aishah | 24

Penangguhan & Pembatalan Konsert-Konsert Musim 2020 di Dewan Filharmonik Petronas