in , ,

Riena Diana Berat Meninggalkan Sembang Squad Di Hot FM

Penyampai radio Hot FM, Nur Qamarina Diana binti Zulreal atau lebih dikenali sebagai Riena Diana telah mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri sebagai penyampai radio Hot FM dan hari terakhir Riena ke udara adalah pada Jumaat, 15 Julai 2022. 

Riena Diana mengambil keputusan ini bagi memberi fokus kepada 2 drama yang dibintanginya, yang akan menemui penonton dalam masa terdekat. Keputusan itu telah dipersetujui oleh Riena Diana dan pihak pengurusan Hot FM.

Riena Diana memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio di Hot FM pada awal Februari 2021 menerusi gandingan bersama Fizie & Mark Adam (Geng Pagi Hot). Kemudian selepas berlakunya rombakan di Media Prima Audio, Riena Diana digandingkan bersama Haziq menerusi segmen Sembang Squad sehinggalah Haziq mengumumkan tidak lagi ke udara di Hot FM bulan lepas. 

Riena berkata, “Ini adalah satu keputusan yang sukar buat saya kerana bidang lakonan dan radio adalah dua bidang yang sangat saya cintai. Pengalaman di radio banyak mengajar saya meningkatkan skill interaksi dengan pendengar, juga tetamu jemputan. Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mempraktikkan sesuatu watak dalam lakonan. Skill komunikasi saya juga bertambah baik sejak mula ke udara di Hot FM. Setelah beberapa kali perbincangan dilakukan antara pihak Hot FM juga pihak produksi, kata sepakat telah dilakukan, yang mana saya perlu memberikan sepenuh tumpuan kepada komitmen lakonan dan penggambaran drama di TV3.”

Tambahan lagi, “Komitmen saya bersama pihak produksi drama mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan dan saya mempunyai beberapa drama lain yang akan bermula tidak lama lagi. Jadi, sukar buat saya untuk memberikan sepenuh komitmen kepada Hot FM berikutan kekangan masa dan tuntutan penggambaran, tambahan pula Hot FM juga mempunyai strategi dan perancangan bagi suku ketiga dan keempat tahun ini. Ini bukanlah keputusan mudah buat saya, namun ini adalah jalan terbaik yang perlu saya ambil buat masa ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya dan pastinya saya akan merindui ruang udara Hot FM”.

Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) terutama Hot FM akur dengan keputusan yang dibuat oleh Riena setakat ini, malah pihak pengurusan MPA juga akan terus menyokong karier dan perancangan masa hadapan beliau di masa akan datang. Pihak Hot FM merakamkan setinggi penghargaan, kasih sayang dan terima kasih kepada Riena Diana sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tema Kesultanan Melayu Melaka Mewarnai Muzikal Lawak Superstar Musim 3

NUHA NAUFAL

Tahniah! Lagu CASABLANCA Nuha Bahrin & Naufal Azrin Makin Viral & Trending