Ridzuan Sharifuddin Artis Harapan Anugerah Industri Muzik 2006

RIDZUAN, PENYANYI BERBAKAT BESAR

Penyanyi lelaki berasal dari Kelang, Selangor, Ridzuan Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Ridzuan akan menghasilkan album pertamanya pada bulan Ogos nanti.

Bagi jejaka berusia 19 tahun ini, bakatnya mula dikenali pada usia 15 tahun ketika menghadiri uji bakat di Broadways Entertainment. Semenjak itu dia mula melangkah ke hadapan untuk menjadi anak seni.

Dengan bakat yang tidak boleh dipertikaikan dan lenggok suara yang cukup bertenaga, Ridzuan amat meminati lagu-lagu tradisional seperti zapin, inang malah lagu malar segar bergenre R&B.

Semenjak berusia tujuh tahun, dia telah mula menyertai pertandingan nyanyian. Usaha itu tidak sia-sia, kerana sering mendapat tempat teratas apabila menyertai pertandingan itu. Kejayaan itu terus mengiringinya, apabila berjaya diiktiraf sebagai Artis Harapan pada Anugerah Industri Muzik 2006 yang lalu.

Kini, setelah lama melibatkan diri dalam dunia seni, Ridzuan sudah bersedia untuk merakamkan album sulungnya bertajuk ‘Redzuan, Pertama Kasih.’ Album pop komersil ini, di dalam peringkat rakaman akan memuatkan sepuluh buah lagu antara lainnya, ‘Ratnaku’ sebuah lagu saduran yang pernah dinyanyikan oleh Roy.

Dalam pada itu, sebuah lagu ciptaan Johan Nawawi, ‘Teristimewa’ juga bakal dimuatkan. Selain lagu-lagu ciptaan komposer tempatan, anak muda yang minat berkaraoke ini berharap agar dapat menyanyi lagu-lagu ciptaan komposer seberang untuk dimuatkan dalam album ini.

Anak keempat dari lima beradik ini tidak pernah mendapat didikan formal dalam bidang seni suara. Tetapi dengan tunjuk ajar ayah yang juga meminati bidang nyanyian, selain penglibatan dua orang kakaknya, Ridzuan yakin, lagu-lagu yang disampaikan menarik perhatian.

Ridzuan yang cukup meminati penyanyi veteran seperti Rahim Jantan, Aspalela Abdullah dan Sarimah, berharap dapat menghasilkan album etnik kontemporari untuk album keduanya nanti.

[tags]ridzuan, broadway entertainment, artis harapan, anugerah industri muzik, pertama kasih, pop komersil, johan nawawi, teristimewa lirik, download, mp3, kronologi anwar, liwat, metroseksual[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008

Majlis Penyampaian Hadiah Hotlink Cabaran Iklan TV Hotlink