Reza Salleh, Mia Palencia dan Paolo Delfino di Shout! Awards

Komposer dan Penyanyi Berbakat di Shout! Awards
Saksikan persembahan hebat komposer dan penyanyi yang cukup berbakat…

Banyak berita menarik untuk peminat dan penonton setia 8TV! Tiga orang penyanyi yang juga komposer berbakat bakal menghiburkan penonton semua di malam Shout! Awards nanti!

Reza Salleh

Paolo Delfino

Mia Palencia

Shout! Awards mempersembahkan komposer dan pernyanyi berbakat Reza Salleh, Mia Palencia dan Paolo Delfino yang bakal menghiburkan anda dengan persembahan akustik masing-masing. Ketiga-tiga artis ini akan bergabung buat julung-julung kalinya untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan ribuan penonton.

“Ketiga-tiga bakat ini – Reza Salleh, Mia Palencia dan Paolo Delfino telah membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai penyanyi yang cukup berbakat dan mempunyai muzik tersendiri yang boleh dibanggakan!” ujar Ahmad Izham Omar, Ketua pegawai Eksekutif 8TV.

“Mereka telah mengukir nama mereka sebagai penyanyi dan komposer yang punya kelas tersendiri. Persembahan akustik mereka ternyata cukup indah dan berlainan dari artis-artis yang sedia ada. Saya percaya, Shout! Awards bakal membuka mata ramai pihak dengan kehadiran bakat-bakat seperti mereka,” tambah Izham lagi.

Selain ketiga-tiga artis ini, Shout! Awards turut membariskan persembahan dari artis-artis terkenal antaranya Jaclyn Victor, One Buck Short, Pop Shuvit, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Pesawat, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof.

Shout! Awards akan berlangsung pada 17 Julai 2009 jam 8.30 malam dari Stadium Putra Bukit Jalil dan bakal disiarkan secara langsung secara eksklusif di saluran hip 8TV. Anugerah ini akan dimulakan dengan acara permaidani merah untuk menyambut ketibaan selebriti-selebriti popular tanahair.

Shout! Awards diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mempengaruhi industri Muzik, Filem, TV dan Radio tanahair. Rancangan yang akan berlangsung selama 2 ½ jam ini akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri hiburan tempatan.

Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia.

Shout! Awards merangkumi anugerah khas untuk TV, Filem, Radio dan Muzik dan turut menyelitkan persembahan-persembahan bertenaga dari artis dan band tempatan dalam kolaborasi yang cukup menarik dan menghiburkan!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my.

Jangan ketinggalan!

8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro.

Kini, anda juga boleh menikmati rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari www.8tv.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taking Of Pelham 123

Senarai Pemenang Healthy Skin Treatment Tajaan Aster Spring