in

Yang Istimewa Apabila Reyza Hamizan Bikin Single Pertama BISIK

Korang kenal tak dengan Reyza Hamizan? Okay dalam posting kali ini, Budiey nak ajak korang kenal dengan Reyza Hamizan ni.

Reyza Hamizan, 26 tahun, adalah seorang penyanyi, komposer dan produser muzik. Perjalanannya bermula selepas meraih ijazah dalam jurusan Teknologi Muzik dan Audio, dimana beliau mendalami seni penulisan lagu, susunan muzik dan persembahan.

Reyza Hamizan -Bisik

Yang Istimewa Apabila Reyza Hamizan Bikin Single Pertama BISIK

[dropcap]R[/dropcap]eyza telah menghasilkan 2 lagu tema untuk 2 telemovie terbitan Astro yang berjudul, ‘Sekilas Cinta’ dan ‘Noda Setitik Arak’ pada tahun 2014 dan 2015. Baru-baru ini, Reyza telah menghasilkan lagu tema untuk TV Series, ‘Balang Bawah Bulan’ yang akan disiarkan di RTM TV1 pada bulan September 2016 ini.

Beliau juga telah bekerjasama dengan Dr Katalina, iaitu artis baru naungan Warner Music Malaysia dan menghasilkan single pertama Dr Katalina yang berjudul ‘Kan Terjadi’. Lagu ini telah dipilih untuk menjadi OST yang kedua TV Series, “Lara Aishah” yang telah bersiaran di Astro Prima.

Di samping itu, beliau kini sedang bekerjasama dengan Diana Danielle untuk singlenya yang akan datang yang bertajuk ‘Luarbiasa’. Single kedua hasil gabungan vokal di antara Reyza dan Diana Danielle telah pun siap, namun Reyza memilih untuk melancarkan ‘Bisik’ dahulu.

Bila ditanya apakah inspirasinya untuk berkarya, Reyza menjawab, ‘Kampungku’. Reyza yang dibesarkan di Parit Makmor, Batu Pahat, Johor sering pulang ke kampungnya itu untuk mencari ilham kerana di situ beliau merasa tenang dan aman, walaupun beliau menetap di Sri Gombak, Selangor. Melihat kehidupan di kampungnya membuatnya rasa bersyukur dengan apa yang ada.




[pullquote align=”right”]Sebagai seorang penyanyi/penghibur, ‘Bisik’ adalah single pertamanya. Reyza juga turut menulis dan menyusun muzik di sebalik ‘Bisik’. Susunan muziknya moden, ‘catchy’, dan juga menampilkan alat muzik, Saxophone.[/pullquote]

Diilhamkan setelah putus cinta bersama seorang gadis yang ingin dinikahinya, ‘Bisik’ mengisahkan tentang seseorang yang dibelenggu kesilapan silamnya setelah dilamun cinta. Akibat rasa cinta yang mendalam, beliau sanggup membuat apa sahaja demi perhatian wanita yang tersayang, sehingga menjejas keluarga dan rakan-rakannya. Namun, beliau kesal setelah ditinggalkan wanita itu. Beliau sedari bisikan cinta daripada wanita itu hanya suatu helah.

Adakah ini bisikan cinta atau sekadar bisikan yang membawa alpa? ‘Bisik’ menyelongkar naluri manusia yang mudah terpengaruh, namun penyesalan bukan jalan penyelesaian.

Muzik Video ‘Bisik’ adalah arahan dan terbitan Shahridzuan Selamat dan turut dibantu Hidayat Nordin, dua pengarah muda yang penuh potensi.

Ia juga menampilkan bakat-bakat yang tidak asing lagi, Shenty Feliziana (pengacara H-live) dan Erwin Dawson, seorang pelakon yang baru baru ini dicalonkan dalam Anugerah Meletop. Muzik video ini bertemakan cinta 3 segi, di mana watak Reyza dan Erwin merebutkan ‘Indah’, watak yang dimainkan Shenty Feliziana. Namun, kedua-dua jejaka ini akhirnya meninggalkan Indah setelah mengetahui dusta dan helah Indah terhadap mereka.

‘Bisik’ nyanyian Reyza Hamizan merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didi Astillah Bergabung Bersama Nawhki Lahirkan Lagu PERCAYA

Larian PUMA NIGHT RUN 2016 Dapat Sambutan 10,000 Peserta