in , ,

Review Siri Viu Original SERIBU NINA Dan Menang RM1,000! 

Rebut peluang menangi wang tunai berjumlah RM1,000 dalam peraduan “Review dan Menang” drama Viu Original Seribu Nina bermula 1 Jun hingga 10 Jun 2022.

Anda hanya perlu memuat naik video Review siri Seribu Nina di platform media sosial anda sama ada di Facebook, Instagram atau TikTok dan tag @viumalaysia bersama tanda pagar #SeribuNina #ViuOriginal. 

Penghantar review terawal akan menerima jemputan ke sesi Meet & Greet bersama Adriana Adnan pada 14 Jun di Secret Recipe, Alamanda Putrajaya dan barangan eksklusif Viu Malaysia & Seribu Nina. 

Review Siri Viu Original Seribu Nina Dan Menang Rm1,000!

Lima review paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Belum menonton Seribu Nina di Viu? Berikut adalah beberapa fakta mengenai siri menarik ini:

  • Gabungan pertama kali trio pelakon terkenal Adriana Adnan, Syafiq Kyle, dan Marsha Milan di dalam satu drama. 

Adriana Adnan memegang watak sebagai Nina, seorang barista di Cafe Roman yang menyimpan satu rahsia.

Watak dan pelakon lelaki utama siri ini pula ialah Syafiq Kyle, yang mendapat pujian atas lakonannya di dalam siri Nur, dan merupakan pemenang Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 pada tahun 2019. Syafiq memegang watak Amar, seorang pensyarah muda yang skema. 

Trio ini disempurnakan oleh pemenang anugerah Persembahan Terbaik dan naib juara Anugerah Juara Lagu 2022, Marsha Milan. Marsha memegang watak Didi, seorang pemburu upahan yang diberi misi menjejak Nina. 

Review Siri Viu Original Seribu Nina Dan Menang Rm1,000!
  • Penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai, dan diarahkan Umi Salwana Omar

Drama Viu Original terbaharu ini juga adalah hasil karya penerbit Gayatri Su-Lin Pillai, yang telah menghasilkan beberapa filem blockbuster  seperti KL Menjerit, siri Kampung Pisang, Histeria, J Revolusi dan Sangkar.

Sementara itu, Seribu Nina juga adalah karya pertama  Umi Salwana Omar untuk  drama Viu Original. Beliau merupakan calon anugerah Pengarah Baru Terbaik di Festival Filem Malaysia 2019. 

  • Drama romantik, campur sci-fi?

Ini bukan lagi drama romantik Melayu yang biasa. Dengan tambahan aspek fiksyen merentas dimensi, tentunya sebuah drama romantik fantasi yang dinantikan! Amar dan Didi mengejar Nina merentas berbagai dimensi yang berbeza, setiap satunya merupakan dunia yang unik. 

Antara dimensi yang diceburi termasuklah dimensi di mana tiada lelaki, dimensi primitif berpuak, dan dimensi berdukun tanpa bidang perubatan moden. Amar berjumpa pelbagai versi Nina dalam setiap dimensi yang direntasinya, dan mula berubah fikiran tentang Nina. 

Review Siri Viu Original Seribu Nina Dan Menang Rm1,000!
  • Produksi berjalan sewaktu PKP 

Seribu Nina menjalani penggambaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Penggambaran ini terpaksa melalui  pelbagai cabaran, termasuk mengikut SOP yang ditetapkan, keperluan permit dan pematuhan peraturan penggambaran pada masa itu. 

  • Lokasi penggambaran di sekitar Malaysia 

Memaparkan pelbagai dimensi di skrin sudah tentu mencabar dengan pergerakan yang terhad akibat wabak Covid-19, tetapi skuad Viu masih berjaya memaparkan berbagai lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur, Bukit Tinggi di Pahang, dan juga Mantin di Negeri Sembilan. 

  • Marsha Milan belajar adegan aksi! 

Pemenang anugerah Persembahan Terbaik dan naib juara Anugerah Juara Lagu 2022, Marsha Milan mengambil kelas dengan initiatif sendiri untuk mempamerkan adegan aksi bagi watak beliau di dalam drama Seribu Nina sebagai pemburu upahan bernama Didi.

  • Lain dimensi, Lokasi yang sama

Antara cabaran yang paling ketara untuk produksi Viu Original ialah mengolah landskap lokasi apabila watak-watak Seribu Nina merentas ke dimensi lain. Ini boleh dilihat menerusi babak melibatkan Kafe Roman di mana Nina bekerja, yang diolah mengikut keadaan setiap dimensi.  

Media sosial tergempar dengan viralnya satu video, menunjukkan ‘serbuan’ sebuah kafe yang mencari Nina. Ia merupakan  antara promosi pemasaran Seribu Nina.

Kejadian tersebut telah dimuat naik di beberapa laman web, membuatkan tanda pagar #ManaNina viral sebelum diumumkan oleh Syafiq Kyle bahawa ia adalah satu promosi bagi drama terbaharu Viu Original Seribu Nina.

Seribu Nina kini ditayangkan di Viu, dengan dua episod baharu setiap Khamis. Penonton Viu boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elfira Loy Copy | 20

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Nasir | 21

Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 HIJRAH Diadakan 31 Julai Ini