in

Review Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur

Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur: Destinasi Di Pusat Kuala Lumpur!
oleh Shah Shamshiri

[dropcap]T[/dropcap]anggapan beberapa orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa kedudukan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Prince_Hotel_&Amp;_Residence_Kuala_Lumpur_-_Exterior

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel paling popular di Kuala Lumpur yang mempunyai lokasi hebat iaitu Prince Hotel & Residence. Hotel yang berdiri megah di tengah-tengah bandaraya ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Kuala Lumpur untuk tujuan kerja ataupun berbelanja.

Dari segi kedudukan, hotel ini sangat strategik kerana ia terletak di kawasan paling penting dan sibuk dengan aktiviti perniagaan serta perbelanjaan. Ia berada benar-benar di seberang pusat membeli-belah paling popular di KL iaitu Pavilion.

Ini memudahkan mereka yang ingin berbelanja dan bersantai dengan hanya menyeberangi jalan untuk menuju pusat komersial tersebut. Tambahan lagi, kini terdapat sebuah jejantas berhawa dingin (sky bridge) yang menghubungkan Pavilion dan pintu masuk jejantas tersebut hanya beberapa minit dari kawasan hotel. Dengan itu, para pengunjung tidak perlu bersusah payah meredah lalulintas dan menahan bahang kepanasan untuk pergi membeli-belah.

Ia juga sangat berdekatan dengan stesen monorel Raja Chulan yang memudahkan para pengunjung untuk bergerak sekitar kota tanpa menggunakan kenderaan di jalan raya (sekaligus menghindari kesesakan lalulintas).

Menampilkan 448 buah bilik yang terdapat dalam 29 tingkat, kesemua bilik-bilik di sini serba moden dan lengkap dengan ruangan khas untuk acara-acara tertentu. Mereka turut mempunyai 160 unit pangsapuri dengan perkhidmatan (serviced apartments) yang menggabungkan kemudahan sebuah hotel lima bintang dengan kediaman pangsapuri.

[pullquote align=”right”]Perkhidmatan ini khas bagi tamu yang ingin menginap dengan lebih lama.[/pullquote]

Prince Hotel & Residence juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah gimnasium dan spa, serta Kids Club bagi anak-anak tetamu yang ingin mencari kegiatan . Kalau soal menjamu selera terdapat ajnas pilihan tempat makan seperti Restoran Cina, Tai Zi Heen, Restoran Jepun Enju, Eccucino, Terrace Poolside bar & Grill, dan tidak lupa Mezzanine Bar & Lounge untuk menikmati minuman di kala senja. Soal penganjuran acara juga tidak menjadi masalah kerana ia lengkap dengan pelbagai ruangan serta bilik khas untuk mengadakan majlis-majlis serta mesyuarat.

Kalau ingin menghabiskan masa berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan mencari hotel yang sesuai, hotel ini memang memenuhi kriteria ramai dan ideal buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di Kuala Lumpur!

Prince_Hotel_&Amp;_Residence_Kuala_Lumpur_-_Deluxe_Room_Bedroom

Prince_Hotel_&Amp;_Residence_Kuala_Lumpur_-_The_Sompoton_Spa

Prince_Hotel_&Amp;_Residence_Kuala_Lumpur_-_Lobby02

Prince_Hotel_&Amp;_Residence_Kuala_Lumpur_-_Eccucino

Prince_Hotel_&Amp;_Residence_Kuala_Lumpur_-_Terrace_Poolside_Bar_&Amp;_Grill

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shout! Awards 2012 Kuasa Jeritan Yang Ada Kualiti

Gambar Selebriti di Party 20 Yang Anggun & Disenangi Majalah EH 2012