in

Review Hotel Tentrem Yogyakarta Indonesia

Yogyakarta adalah salah satu kota paling popular di Indonesia bagi tujuan pelancongan. Berkat peninggalan sejarah dan tradisi yang kaya serta tempat-tempat makan dan membeli-belah yang murah, ia sering menjadi perhatian pengunjung Asia dan juga pelawat asing seluruh dunia. Apatah lagi ia kota besar paling dekat dengan candi Borobudur, salah satu candi tertua dan paling terkenal di dunia.

Deluxe King

[pullquote]Terkenal dengan Jalan Malioboro, yang menjadi tumpuan membeli-belah, kota ini juga diwarnai dengan ajnas tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara hotel yang paling popular di sini adalah Hotel Tentrem. Hotel bertaraf lima bintang ini terletak sekitar 20 minit dari lapangan terbang antarabangsa Yogyakarta dan sekitar beberapa minit sahaja dari Jalan Malioboro.[/pullquote]

Kesemua unit penginapan direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Perkataan tentrem yang diambil dari Bahasa Jawa bermaksud ‘tenteram’ dan ini benar-benar terserlah dengan senireka dalaman hotel ini yang memberikan ketenangan buat semua tamu yang menginap di situ.

Hotel ini ada 274 buah bilik di mana 30 terdiri daripada bilik suite dan satu suite Presiden. Kesemua bilik dilengkapi kemudahan terkini yang canggih seperti TV LCD dan kemudahan wi-fi berserta TV Internet protokol (IPTV)yang menyenangkan para tamu untuk membuat sebarang pesan tanpa perlu keluar dari bilik masing-masing.

Hotel ini mempunyai dua kolam renang berasingan buat dewasa dan kanak-kanak. Ia juga mempunyai taman permainan buat anak-anak kecil yang ingin bermain. Selain itu tetamu boleh juga memanjakan diri di Gaharu Spa dan bersenam di pusat kesihatan. Para pengunjung juga boleh membeli barangan di Galeri Seni Lumpang yang ada di hotel ini.

Soal menjamu selera pula terdapat banyak tempat makan di hotel ini. Di antaranya Kayumanis Coffee Shop, Grand Ducking Chinese Restaurant, serta Eboni Bar. Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Yogyakarta.

Hotel Tentrem Yogyakarta : Setenteram namanya
Oleh Shah Shamshiri

Kayumanis 1

Gaharu Spa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kronologi Cinta Pelakon Hanez Suraya

Farish Aziz & Rey Kembali Menceriakan Ceria Pagi Sabah