in ,

Review Filem SICARIO: DAY OF THE SOLDADO

Abam menonton Sicario: Day of the Soldado terimakasih kepada #PremiereWithBudiey pada 27/6/2018 tetapi agak terlewat untuk mengeluarkan review atas komitmen kerja dan terutamanya Abam berbelah bagi perasaan atas Movie tersebut.

Filem SICARIO : DAY OF THE SOLDADO

Bagi Abam Movie itu sangat ganas.

Abam memikirkan impak Movie ini ke atas penonton di bawah umur. Sekalipun ditonton oleh penonton dewasa, adakah ia akan membangkitkan Normalisasi terhadap Arak, Dadah dan Keganasan?

Pada sebelah yang lagi satu, movie ini boleh menjadi pemangkin bicara antara orang tua dan anak muda terhadap isu-isu berkaitan.

Menarik jugak untuk diambil perhatian movie ini pada asasnya berkaitan jenayah pemerdagangan manusia trans sempadan Mexico dan Amerika Syarikat pada masa isu ini menjadi perbualan hangat di Amerika Syarikat…

Jadi ia sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap isu atau agenda sempadan yang dibangkitkan oleh #Republican #GOP #Trump.

Abam bagi 3/5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qari Dina & Qari Salimah Sandang Gelaran Juara Qari Jr 2018

Netflix Announces Meteor Garden 2018