in ,

Reshma Raih Anugerah Star Of The Year di LA

Tahniah buat Reshma yang berjaya mengharumkan nama negara Malaysia.

Penyanyi, Reshma Martin, 21, berbangga dapat mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah Star Of The Year pada pertandingan Vocal Star di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, kelmarin.

Bintang Akademi Fantasia 2016 itu berkata, dia tidak menyangka persembahan menerusi lagu, House Of The Rising Sun yang dipopularkan The Animals membawa tuah dan menjulang bakatnya.

Reshma

“Saya sangat teruja menerima anugerah itu, apatah lagi saya penyanyi asing yang mencuba nasib pada pertandingan itu. Saya bangga dapat mengharumkan nama negara di sana.

“Terima kasih atas peluang yang diberikan. Sokongan keluarga, rakan dan pihak pengurusan banyak membantu merealisasikan impian besar saya. Kemenangan ini secara tidak langsung menjadi pembakar semangat untuk saya melebarkan pengaruh di sana,”

– Reshma

Pemilik nama lengkap Kareshma Martin John Patrick itu berlepas ke LA pada 9 Ogos lalu bagi menjalani proses rakaman lagu selepas terpilih menyertai program pencarian bakat seluruh dunia itu, Januari lalu.

“Produksi Vocal Star datang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan sesi uji bakat dan saya ambil peluang mencuba nasib. Tidak sangka saya terpilih, seterusnya diterbangkan ke sana untuk merakamkan lagu.

“Seronok sepanjang menjalani proses rakaman lagu, apatah lagi dapat bekerjasama dengan Adam Hurstfield, Don Wolf dan KC Styles. Lagu juga sudah siap, cuma judulnya masih belum dapat dikongsi,”

– dc4358
Reshma

Reshma akan pulang ke tanah air, Jumaat ini.

Terdahulu, Reshma mempertaruhkan single terbaru, Ubah, selepas tampil dengan dua single ciptaan Edry Abdul Halim iaitu Sayang Jadi Benci dan Fikir Kamu Siapa.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO Appoints Presidents of Global Sales & Global Marketing

The Legendary P.Ramlee Makes A Comeback To The Big Screen