in , ,

Resepi Siti Nurhaliza, Sheila Rusly, Website Kulinari Daisy Chef Liza

5 PROGRAM MASAKAN : CITARASA SELEBRITI BERSAMA DATO’ SITI NURHALIZA, KETUK-KETUK RAMADAN SHEILA RUSLY, JURNAL CHEF, JOM RASA DAN KULINARI DAISY CHEF LIZA DI TV1

Peminat Siti Nurhaliza mesti tonton rancangan masakan ni. Ini dia gambar Dato’ Siti Nurhaliza masa buat rakaman Citarasa Selebriti hari tu… memang Siti pandai masak~ Semua resepi ni korang boleh la cuba… mesti sedap punya~ Untuk lebih meriah, Siti telah menjemput rakan artis lain untuk turut mengacau masakannya~

3869210066 Ff6B41Aa68 O | 4

3868428925 08B39C80F1 O | 5

3868429163 86E7893A91 O | 6

Siti bersama Umie Aida~

Setelah menunaikan ibadah puasa di siang hari sepanjang bulan Ramadan ini, pastinya golongan wanita begitu teruja untuk menghidangkan resipi istimewa sebagai santapan keluarga ketika berbuka puasa. Sebagai memberikan pilihan terbaik kepada penonton untuk mencuba pelbagai resipi terutamanya yang dihidangkan selebriti terkenal tanah air, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan lima program masakan istimewa golongan popular, Citarasa Selebriti Bersama Dato’ Siti Nurhaliza (mulai 21 Ogos 2009, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 11.05 pagi), Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly (mulai 22 Ogos 2009, setiap Isnin hingga Ahad, jam 12.31 tengah hari), Jurnal Chef (mulai 15 Ogos 2009, setiap Sabtu, jam 11.05 pagi), Jom Rasa (mulai 16 Ogos 2009, setiap Ahad, jam 11.05 pagi) dan Kulinari Daisy Chef Liza (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 12.00 tengahari).

Mengudang artis ternama sebagai tetamu, Citarasa Selebriti Bersama Dato’ Siti Nurhaliza, rancangan realiti masakan bersiri yang mengutamakan menu-menu terpilih dan istimewa dari setiap negeri di seluruh Malaysia yang enak dan sesuai untuk semua masyarakat terutama di bulan Ramadan yang mulia berkonsepkan Menu Pilihan Untuk Kesihatan Dan Keberkatan Di Bulan Ramadan. Datin Siti Nurhaliza (DNS) memperkenalkan menu, bahan-bahan dan cara-cara menyediakan dengan pertolongan seorang pembantu. DSN akan memulakan menu masakan pertama. Segmen Kedua, DSN memperkenalkan seorang selebriti jemputan. Selebriti akan memperkenalkan menu dan seterusya memasak menu kedua di samping DSN. Sebelum segmen terakhir, DSN akan menyediakan menu ketiga iaitu pencuci mulut untuk tatapan penonton.

Program masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly tahun ini kembali dengan menyundang pasangan artis Nabil dan Irma Hasmie, Safura dan Sahrulnizam, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sebagai tetamu undangan.

3869211290 Eb46C4Bf90 O | 7

Kawan Sheila Rusly, pelakon kegemaran Budiey pun ada interframe~ siapa lagi kalau bukan Sofea Jane~

Rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly tahun ini sekali tampil dengan resipi istimewa yang bakal dikongsi mereka dengan peminat setia masing-masing sepanjang 26 episod siarannya terbitan JS Production.

3869211128 444C43Acf9 O | 8

 Ehem-ehem~… Nabil dan aweknya, Irma Hasmie pun datang menyibuk untuk bersama kak Sheila~

Disiarkan empat episod, rancangan masakan, Jurnal Chef yang dikendalikan Chef terkenal, Chef Riz dan Azrul ini berkongsi resipi menarik mereka dengan penonton kepelbagaian jenis masakan dan asal usul tersebut. Antaranya cara membuat mee dan pada masa sama penonton bakal didedahkan dengan asal-usul mee tersebut.

Bukan sahaja berperanan memperkenalkan resipi makanan, program Jom Rasa yang turut menemui penonton Ramadan ini membawa penonton berkunjung ke tempat-tempat menarik  sambil mencuba resipi-resipi terbaharu menerusi empat episod siarannya.

3868429703 57Eb4Ef8B1 O | 9

Seperti tahun-tahun sebelumnya program istimewa Ramadan, Kulinari Daisy Chef Liza kembali lagi dengan memaparkan pelbagai resipi menarik dan terkini. Istimewanya program kali ini diserikan dengan artis jemputan Datuk Maznah Hamid, YM Tengku Zawyah Tengku Izham, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar dan Linda Onn.

3869211562 19Feb87864 O | 10

Untuk berkongsi resipi dan pengalaman menarik menerusi pengisian padat program-program masakan di RTM, usah ketinggalan meluangkan masa menonton Citarasa Selebriti Bersama Dato’ Siti Nurhaliza (mulai 21 Ogos 2009, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 11.05 pagi), Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly (mulai 22 Ogos 2009, setiap Isnin hingga Ahad, jam 12.31 tengah hari), Jurnal Chef (mulai 15 Ogos 2009, setiap Sabtu, jam 11.05 pagi), Jom Rasa (mulai 16 Ogos 2009, setiap Ahad, jam 11.05 pagi) dan Kulinari Daisy Chef Liza (mulai 21 Ogos 2009, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 12.00 tengahari).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO ORIGINAL Siries TRUE BLOOD di MAX Astro Movies

Lagu Tema Drama Antara Garisan Akan Ku Jumpa – Azfar