in

Remy Ishak, Eja dan Suhaida dalam Raya Musim Luruh

Raya Musim Luruh – 9 Oktober, 10.00malam

Hani dan Remy merupakan pasangan suami isteri yang sungguh intim malah mereka bagaikan rakan karib. Mereka yang bercinta semenjak dibangku sekolah berasal dari kampung yang sama di Arau Perlis dan kini mereka sangat berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Namun gaya hidup mereka yang terlalu moden semakin hari menjauhkan mereka dari nilai-nilai kemelayuan yang diamalkan di kampung. Hani enggan mengandung dan mengambil anak angkat kerana menganggap anak membebankan dan menyebabkan bentuk tubuh berubah. Remy menyokong penuh isterinya dan mereka hidup menghimpun harta dan melancong ke luar negara.

Ini menimbulkan kecaman oleh ahli keluarga masing-masing. Setiap kali raya mereka akan menjadi sasaran keluarga yang bertanyakan tentang zuriat, mengerjakan umrah, haji dan bermacam-macam lagi membuatkan Hani dan Remy merasa rimas. Lantaran itu, mereka sepakat setiap kali menjelang raya, mereka akan mencari alasan bahawa mereka terpaksa keluar negara atas alasan tugas.

Sehingga kini sudah 5 tahun mereka tidak pulang beraya di kampung sehinggalah rahsia mereka terbongkar oleh anak buah Hani yang membuat latihan praktikal di pejabat Remy. Mah Teh, ibu Hani dan Tuk Ngah Besah, ibu Remy berpakat agar kedua anak mereka kembali beraya bersama keluarga di kampung. Hani dan Remy yang telah merancang untuk bercuti ke England kecewa apabila mendapat berita keadaan ibu-ibu mereka dan terpaksa pulang dengan berat hati. Mereka sampai di kampung 2 hari sebelum raya dengan membawa pelbagai kelengkapan untuk keselesaan mereka.

Namun, lakonan Mak Teh dan Tok Ngak Besah terbongkar dengan tidak sengaja menjadikan Hani dan Remy berang dan meneruskan niat asal untuk menikmati musim luruh di England.

Namun, semua penerbangan ke Eropah ditangguhkan selama 2 minggu berikutan dengan berita mengenai gunung berapi meletus di Iceland. Samada suka atau tidak, Remy dan Hani kini tiada alasan untuk lari dan terpaksa juga beraya di kampung.

Adakah kesempatan ini berupaya mengembalikan semula kenangan manis sambutan Syawal yang pernah dilalui sebelum ini bersama keluarga tersayang?

Pelakon:Siti Shahrizah (Eja), Remy Ishak, Kismah, Maimon Talib, Suhaida

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Reunion Akademi Fantasia 8

Rita Rudaini Tak Nak Bercerai Angkara Fitnah Pihak Ketiga