in ,

Reen Rahim Buat Laporan Polis Gara-Gara Ugutan Sebar Gambar

Peminat wanita yang pernah rapat dengan Reen itu didakwa mencuri gambar dan video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbit Reen.

Tambah pemilik nama penuh Noreen Ashikin Abdul Rahim, 29, peminat wanita yang pernah menjadi tulang belakang bagi kelab peminatnya itu turut bertindak menulis kenyataan berbaur ugutan di akaun Instagram miliknya.

Reen Rahim Buat Laporan Polis

“Saya didekati oleh wanita berkenaan kira-kira lima tahun lalu selepas saya memenangi rancangan Pilih Kasih. Dia mahu menubuhkan kelab peminat saya, tetapi saya enggan kerana saya memikirkan yang saya baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang hiburan.

“Selepas itu, kami berhubung semula dua tahun lalu dan menjadi akrab. Saya fikirkan, dua tahun lepas merupakan masa yang sesuai untuk saya aktifkan kelab peminat kerana kerjaya saya semakin rancak. Silap saya kerana mempercayainya dan memberikan dirinya akses kepada telefon bimbit dan laman sosial saya.

“Semasa kami rapat, wanita itu mula bersikap berlebih-lebihan apabila dia mula mencampuri urusan peribadi dan masuk campur dalam hal yang membabitkan keluarga saya. Semenjak itu, saya mula menjauhkan diri.

“Kepercayaan saya dibalas dengan perkara yang tidak sepatutnya. Rupa-rupanya, dia mengambil kesempatan untuk mencuri dan menyimpan gambar serta video peribadi saya dengan niat yang tidak baik.

“Dia juga menulis lapan kenyataan di laman Instagram miliknya dan ada antara kenyataan yang ditulis berbaur ugutan,” kata Reen kepada Astro Gempak ketika ditemui di majlis tayangan filem Soulmate Hingga Jannah pada Selasa.

Membuat laporan polis di balai polis Damansara pada 6 Febuari lalu, Reen bersedia untuk bersemuka dengan wanita berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini.

“Saya sendiri tak tahu video atau gambar mana yang dimaksudkan kerana saya tak perasan langsung bila dia mencuri perkara berkenaan dalam telefon bimbit saya.

“Saya bersama pihak pengurusan mahu melihat apa yang dia lakukan selepas ini. Isu yang timbul ini boleh menjejaskan kerjaya saya. Hati keluarga saya juga perlu dijaga kerana mereka bukan orang industri, mereka tidak faham apa yang sedang terjadi.

“Saya bersedia untuk bersemuka dan berbincang secara baik dengan wanita berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini. Saya cuma mahu dia berhenti mengganggu saya,” katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu AKU CINTA Syamel & Ernie Zakri Trending di Youtube

Iconic Italian IT bag Brand SAVE MY BAG Arrives at KLCC