in

Yang Best Apabila Berbuka Puasa di RED LOBSTER Quill City Mall

Pada 1 Jun yang lalu, Budiey dijemput untuk berbuka puasa bersama partner di Red Lobster yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Sebenarnya pada waktu dan hari yang sama, berlangsung juga pelancaran dan sidang media filem alih bahasa animasi dari HBO. Budiey terlupa untuk menanda kalendar. Tapi tidak mengapalah… mungkin ada hikmahnya juga sebab ini adalah kali pertama dapat berkenalan dengan Team Quill City Mall, Kuala Lumpur. Kalau tidak sekarang, bila lagi kan? Seronok sebab dapat berbual-bual santai sambil makan makanan lazat yang disediakan.

Red Lobster - Ramadan Promotion - Juadah Raya

Rasanya Quill City Mall, Kuala Lumpur dah ramai yang tahu. Tambahan pula apabila drama yang sekarang ini tengah meletop di kaca TV iaitu HERO SEORANG CINDERELLA telah menjalani pengambaran di pusat membeli belah kat sini. Budiey difahamkan pada hari Ahad depan akan berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim di sini dengan kedua pelakon utama drama ini. Oh, tak sabar pula nak datang lagi.

Seawal jam 6.30 petang lagi, kami dah sampai di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Kami berbuka puasa di sebuah restoran yang menyediakan makanan seafood yang sangat lazat iaitu RED LOBSTER.

Berbuka Puasa di RED LOBSTER Quill City Mall

Sempena dengan Ramadan ini, RED LOBSTER menyediakan tiga Juadah Ramadan yang berbeza tapi sangat khusus dan istimewa untuk dua orang. Kami sempat mencuba dua juadah platter. Budiey sememangnya suka dengan masakan berasaskan seafood terutamanya jika ada ikan, sotong dan ketam. Jadi, korang boleh pilih yang mana satu idaman kalbu. Tepuk dada tanyalah selera ya.

Harganya pula sangat berpatutan. Hanya RM60 sahaja satu hidangan untuk dua orang makan. Berbaloi pulak rasanya. Promosi ini bermula dari 26 Mei hingga 24 Jun 2017 sahaja. Korang boleh datang berbuka di sini dan promo ini dibuka dari jam 6 petang sehinggalah restoran ini ditutup. Apa yang penting, hidangan promo ini didatangkan juga bersama dua gelas soft drinks di mana korang boleh pilih samada nak Pepsi, Revive, 7up, Mountain Dew, Lipton Iced Tea, Mirinda Strawberry.

Tidak dilupakan, kami juga diberi dua mangkuk sup cendewan bersama dengan 2 Cheddar Bay Biscuits yang sangat lazat dan mengenyangkan.

Selain dari tiga juadah istimewa sempena Ramadan ini, korang juga boleh menikmati hidangan yang lain antara yang Budiey suka ialah steaks, chicken dan pasta. Memang sedap giler! Tapi yang paling terkenal dan menjadi kegemaran ramai adalah Live Rock Lobster, Snow Crab Legs dan Salmon.

Jadi tunggu apa lagi, kalau korang nak berbuka puasa ala seafood bolehlah datang ke Red Lobster yang terletak di Quill City Mall. Untuk info lanjut, korang boleh layari www.redlobster.com.my

Berbuka Puasa di RED LOBSTER Quill City Mall

Berbuka Puasa di RED LOBSTER Quill City Mall

Berbuka Puasa di RED LOBSTER Quill City Mall

Berbuka Puasa di RED LOBSTER Quill City Mall

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Tentang RAYA KASIH & CINTA Hero Seorang Cinderella Quill City Mall

Fattah Amin Akui Sudah Jumpa Keluarga Nur Fazura