in

Red Bull Berikrar Tunaikan Hasrat Hafizh Syahrin Balik Kampung Sambut Raya

Ikrar ini adalah bersesuaian dengan kempen My Raya Pledge(Ikrar Rayaku) yang dilancarkan oleh Red Bull Produk Eropah. My Raya Pledgeadalah kempen Ramadan yang pertama bagi Red Bull Produk Eropah sebagai minuman tenaga pilihan rakyat Malaysia

Bagi majoriti kaum beragama Islam di Malaysia, bulan Ramadan dan Syawal amat dinanti-nantikan. Dari ibadah puasa yang membawa kepada sambutan Hari Raya, ianya merupakan masa yang cukup sempurna untuk diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, semenjak tiga tahun yang lepas, Ramadan dan Syawal disambut di litar lumba – samada di sesi latihan mahupun perlumbaan.

MotoGp 55 Syahrin Red Bull KTM Tech3

Sebagai pelumba motosikal berkuasa tinggi pertama dari Asia Tenggara yang layak bertanding di dalam kategori MotoGP, iaitu kejohanan lumba motosikal terunggul di dunia, Hafizh menggalas tanggungjawab yang amat besar di atas bahunya.

Ini adalah pengorbanan demi merealisasikan segala impian dan harapan, bukan sahaja bagi dirinya sendiri, malah jutaan peminat dari seluruh dunia, yang inginkan Hafizh mengecap kejayaan dan seterusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Tahun ini keadaan mungkin agak berlainan bagi pelumba Red Bull KTM Tech3 ini dengan pelancaran kempen My Raya Pledgeatau Impian Rayaku oleh Red Bull Produk Eropah.

Dengan misi untuk mendapatkan jumlah minimum 1,000 ikrar atau azam Raya dari rakyat Malaysia, Red Bull turut berikrar untuk membawa pulang Hafizh ke tanahair dengan semangat balik kampung agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang tersayang. 

Walaupun disambut meriah dan ditunggu-tunggu ketibaannya, Ramadan dan Syawal sesungguhnya amat dikenali sebagai bulan-bulan yang amat mencabar.

Ia bukan sekadar terbatas kepada mengawal diri dari lapar dan dahaga dan menghadiri jemputan rumah terbuka, tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti kesibukan membeli makanan di Bazaar Ramadan sebagai persiapan berbuka puasa, mengerjakan sembahyang sunatTerawih, pelbagai persiapan menyambut Hari Raya dan pastinya kesesakan di lebuhraya seluruh Malaysia dalam perjalanan balik kampung.

Faktor paling penting bagi menempuh cabaran sebulan berpuasa bagi umat Islam adalah memastikan tubuh badan dan minda sentiasa fokus dan Red Bull Produk Eropah adalah minuman tenaga yang paling sesuai untuk mencapai objektif ini.

Tambahan lagi, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung yang jauh. Tiada yang lebih penting daripada berehat seketika ketika mula terasa penat dan menikmati Red Bull bagi mengembalikan semula tenaga ketika memandu. 

Dengan kempen My Raya Pledge, Red Bull Produk Eropah menyemat misi menjadi minuman tenaga pilihan rakyat Malaysia bagi tempoh ini. Sebagai duta rasmi kempen, Hafizh menjemput kesemua rakyat Malaysia untuk turut bersama-sama mengirim ikrar atau azam Raya mereka.

Ianya boleh bersifat peribadi seperti, ‘Saya berikrar untuk meluangkan lebih banyak masa untuk berbuka puasa bersama keluarga tahun ini’ atau juga berbentuk cita-cita sebagai contoh ‘Saya berikrar untuk bekerja lebih keras di bulan Ramadan ini agar dapat memberi duit raya kepada kesemua anak-anak buah yang semakin membesar’. Kempen ini adalah terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia kerana Aidilfitri di negara ini bukan sahaja disambut oleh mereka yang beragama Islam. Ikrar terbaik berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada Red Bull dan Touch ‘n Go eWallet sebagai rakan strategik kempen My Raya Pledge. Pemenang hadiah utama bakal memenangi tajaan sebuah sambutan Rumah Terbuka dari Red Bull dan mungkin juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama Hafizh Syahrin.

“Saya begitu bersyukur dan terharu kerana dapat terlibat di dalam kempen yang amat bermakna ini dan harapan saya agar rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat saya akan turut mengambil bahagian dengan menghantar kiriman ikrar mereka. Karier saya sebagai pelumba MotoGP mungkin telah membawa saya ke serata pelosok dunia namun hati saya masih lagi setia di Malaysia. Peluang untuk pulang menyambut Hari Raya di Lembah Klang (di Shah Alam dan Kuala Lumpur) setelah tiga tahun berjauhan dan beraya di rantau orang amat besar ertinya kepada saya. Azam saya pula adalah untuk anda menjadikan ini satu realiti buat saya dan bolehlah kita menyambut hari kemenangan Aidilfiri ini bersama-sama dengan meriah”, kata Hafizh penuh semangat.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen My Raya Pledge, anda bolehlah melayari www.redbull.my/myrayapledge

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penginapan Luas dan Praktikal di Adagio Amsterdam City South

Peraduan Tayangan Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL