in

Red Box Lancar Projek Amal We Care 2013

[dropcap][/dropcap]Dikenali sebagai pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga, Red Box sejak awal telah bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan sejak penubuhannya. Melangkah setapak ke hadapan dalam menyambung aktiviti kemasyarakatan, Red Box telah menubuhkan Red Energy Charity Fund pada 2009 dalam usaha meningkatkan dana untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Red Box

Menurut Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Kumpulan Karaoke Red Box:

“Kempen amal seumpama ini sememangnya diadakan saban tahun dan kami gembira kerana berjaya mencapai matlamat tanggungjawab korporat kami setakat ini. Sejurus pelancaran Red Energy Charity Fund pada 2009, dana pertama sebanyak RM 20,881.26 telah berjaya disalurkan kepada World Vision untuk membina telaga dan projek tangki air di Ba Thuoc, Vietnam.

Pada tahun 2010 pula, usaha kedua Red Energy Charity Fund berjaya mengutip sejumlah hasil untuk didermakan kepada World Vision. Hasil tersebut telah berjaya dikumpul dari jualan 1000 barangan eksklusif artis Nicholas Teo yang berharga RM 25 satu.”

Meneruskan tradisi tersebut, kempen mengumpul dana kebajikan tahunan yang bertemakan ‘WE CARE’ kini sedang rancak diadakan untuk tahun yang kedua, selepas kejayaannya menyalur sejumlah RM17,000 kepada tabung Yayasan Nur Karangkraf pada 2012.

Bermula 1 April hingga 31 Julai 2013, pelanggan boleh membeli beg amal ‘WE CARE’ yang dicipta khusus untuk mengumpul dana bagi tabung kebajikan Utusan Karya Sdn. Bhd, di mana-mana rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria yang terletak di seluruh Malaysia.

Kempen ‘WE CARE’ mengajar kita bagaimana sumbangan yang kecil mampu mengubah kehidupan manusia. Misi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyokong usaha Utusan Karya Sdn. Bhd. dalam membela nasib golongan terbiar tak kurang juga golongan yang terabai seperti ibu tunggal dan anak yatim melalui sumbangan wang ringgit.

Disokong oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Red Box berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan ADABI, iaitu syarikat pengeluar makanan berbungkus terbesar di Malaysia dalam membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang kurang berkemampuan melalui kempen ini.

“Apa yang menarik tentang beg amal ‘WE CARE’ ini adalah, pengunjung berpeluang berkaraoke dan beramal dalam masa yang sama. Dengan membeli beg amal ‘WE CARE’, mereka berpeluang memiliki CD artis kegemaran mereka, memperoleh produk ADABI dan menikmati baucar diskaun Red Box. Terdapat dua jenis baucar yang ditawarkan oleh Red Box iaitu baucar diskaun RM5 dan baucar karaoke ‘Beli 1 Percuma 1’. Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM200 tetapi mereka hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja!”, ujar Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Kumpulan Karaoke Red Box”.

“Dan bermula hari ini, pengunjung yang membeli beg ‘WE CARE’ bakal berpeluang mendapatkan CD album pertama DJ Lin yang bertajuk ‘Persona Cinta’ yang menampilkan single terbaru beliau ‘Ranting Kenangan’.

Kami amat terharu di atas keprihatinan DJ Lin dalam membantu kami meningkatkan tabung kebajikan ini dan mendoakan kejayaan beliau dalam bidang nyanyian nanti.

“Semoga kempen ‘WE CARE’ menempah satu lagi kejayaan agar dapat membawa harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk golongan yang memerlukan bantuan.”

Ms. Valerie Choo berkata mengakhiri perbualan dalam Majlis Penyerahan Plak Penghargaan kepada penaja yang terlibat dalam kempen ‘WE CARE’ untuk tahun 2013. 

Red box DJ lin

Red box DJ lin

Red box DJ lin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Pelan Internet Data Mudah Alih Melalui Opera Mini

Gambar Shaheizy Sam Terima Kereta Nissan 370Z Coupe