in , ,

Rebut HONOR Magic5 Pro Dengan Nilai Terbaik Pelan Pascabayar Telco!

Daftar dengan pelan Postpaid Digi untuk dapatkan HONOR Magic5 Pro serendah RM66 sebulan!

HONOR Magic5 Pro mencetuskan bualan hangat sejak pelancaran di Malaysia awal bulan ini. Telefon pintar flagship yang dilengkapi Sistem Kamera Milisecond Falcon Capture, Super Dynamic Vivid Display dan Bateri Berketumpatan Ultra Tinggi 5100mAh ditawarkan pada harga berptatutan sebanyak RM4,299. 

HONOR Magic5 Pro kini lebih berbaloi dengan tawaran pelan pascabayar dari tiga syarikat telco. Daftar sekarang dengan Maxis, Digi dan Celcom untuk hadiah bernilai lebih RM500 yang merangkumi jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Celcom HONOR Magic5 Pro KV

Adakah anda sedang mencari pelan bayaran ansuran mampu milik? Maxis kini menawarkan ansuran sehingga 36 bulan untuk HONOR Magic5 Pro dengan bayaran RM109 sebulan dengan Maxis Postpaid 98. Maklumat lanjut boleh layari:

https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/magic5-pro-5g

Jika anda inginkan komitmen bulanan yang rendah, PhoneFreedom 365 Digi menawarkan HONOR Magic5 Pro serendah RM66 sebulan. Daftar Pelan Postpaid 150 Digi dan miliki HONOR Magic5 Pro dengan bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Maklumat lanjut mengenai pelan Pascabayar Digi, sila layari https://digi.my/magic5pro 

Digi HONOR Magic5 Pro KV

Pelanggan Celcom juga boleh membawa pulang HONOR Magic5 Pro pada harga hanya RM2,199 dengan Celcom MEGA Postpaid. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini boleh layari https://www.celcom.com.my/magic5-pro

HONOR bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk memberi mata ganjaran KLIA Golden Lounge

Sementara itu, HONOR telah mengumumkan kerjasama dengan Enrich Malay Airlines untuk memberi 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pelanggan yang membeli mana-mana peranti HONOR Magic Series. Mata ganjaran ini boleh digunakan untuk akses ke ruang istirahat mewah Golden Lounge Malaysia Airlines atau tiket domestik dengan Malaysia Airlines. Seramai 320 pemenang bertuah akan dipilih dan mereka berpeluang menikmati hospitaliti Malaysia serta pengalaman perjalanan premium di Golden Lounge sebelum berlepas atau semasa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Maxis HONOR Magic5 Pro KV

Untuk mengambil bahagian, pembeli hanya perlu menangkap foto atau video menggunakan HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic5 atau HONOR Magic Vs berserta berkongsi perkara disukai mengenai peranti tersebut di Facebook. Mereka juga dikehendaki tag dua rakan Facebook dan hantaran tersebut perlu dikongsi secara terbuka dengan bersertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://bit.ly/HONORXEnrich  

Ikuti Facebook HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR di https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Ibu Jadi Pengurus, Kini Ning Baizura Jaga Ibu Mengidap Demensia

NADIYA NISA

Bapa Nadiya Nissa Meninggal Dunia Ketika Ibadah Umrah di Madinah