in

Rebiu Pelembut Air Spa BB09 dari Coway

Oleh kerana tak tahan sangat dengan air kat rumah yang berkarat macam air tea susu, baunya lain macam je dan berklorin, Budiey buat keputusan untuk mencuba Water Softener Spa daripada jenama Coway. Tak payah cakap banyak lah, pendek kata mutu air kat apartment ni makin lama makin teruk, apa nak jadi tak tahulah. Ramai penduduk mengadu tentang masalah ini, tapi takde tindakan apa pun dari pihak pengurusan.

Apabila air tak berapa bagus, banyak klorin, tengok pada warna pun tahu, air kat rumah ni tak baik untuk kesihatan, memang tak bagus untuk kulit. Bukan setakat ada kesan buruk pada kulit tapi pada rambut juga. Rambut jadi berkelumumur dan kulit kepala pula asyik gatal-gatal. Selain itu, kesannya, kulit kami kat rumah ni bersisik, hilang kelembapan, ada ruam dan kering semacam.

Coway

Ternyata keputusan untuk mencuba pelembut air atau water softener dari Coway adalah satu pilihan yang bijak dan tepat. Setelah berjumpa dengan wakil dari Coway, Budiey diberi peluang untuk mencubanya selama 2 minggu dan ternyata, sekarang Budiey rasa nak menggunakan terus pelembut air atau lebih tepat sekali penapis air untuk mandian ni.

Coway_Water_Softener_BB09
Sebenarnya, Budiey tahu dan teruja nak cuba produk pelembut air ni semasa membaca suratkhabar di mana ada berita tentang Coway melancarkan Pelembut Air Spa bersama satu sesi percubaan percuma selama 14 hari secara eksklusif yang membolehkan rakyat Malaysia merasai faedah air lembut dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Elok gak tu, sekurang-kurangnya, semua orang tahu dan peka tentang kesihatan kulit dan juga tahu tahap mutu air kat rumah masing-masing. Budiey juga dapat tahu ramai selebriti kat Malaysia ni dah mula menggunakan produk pelembut air dari Coway seperti Ning Baizura dan Vanida Imran.

Coway

Untuk info pembaca, selepas 3 hari menggunakan pelembut air Coway model BB09 ini, Budiey dapat rasa kesan dan perubahan yang berlaku pada kulit. Ternyata, pelembut Air Spa Coway berupaya menukar air paip di rumah kepada air yang lembut.

Budiey rasa korang patut juga cuba sebab ini menjadi pilihan lebih sihat untuk tubuh badan, di samping memberikan kita kulit yang lebih licin dan lembut. Rasa sangat segar lepas mandi dan kulit rasa sihat dan stabil. Kelembapan kulit pun tak mudah hilang. Ia juga dapat mengurangkan sel kulit mati. Pendek kata direkabentuk untuk memberi pengalaman mandi yang lebih baik dan meningkatkan tahap kelembapan kulit dalam tempoh dua minggu. Yang penting, Budiey rasa kelembapan pada kulit yang sangat berkesan untuk masalah kulit kering.

Coway

Pelembut Air Spa ini direka untuk memenuhi keperluan serta gaya hidup pengguna masa kini. Namun, Budiey rasa kat Malaysia sekarang ni pun tak banyak yang tahu tentang air lembut atau soft water ni. Sebenarnya, kualiti air yang diserap menerusi kulit adalah sama pentingnya dengan air yang kita minum. Ia mestilah bersih dan sihat untuk membuatkan tubuh serta minda menjadi lebih sihat. Sebagai contoh, sisa klorin di dalam air paip bukan sahaja menyebabkan penyakit kulit dan ruam, malah mempercepatkan keguguran rambut serta penuaan kulit kerana ia memusnahkan vitamin-vitamin dalam kulit kita.

Pelembut Air Spa Coway dilengkapi dengan satu penapis komposit untuk mengeluarkan klorin, kuman serta bendasing-bendasing yang terapung dalam air paip. Sementara Resin Penukar Ion pula mengurangkan ‘kekerasan’ air paip. Molekul-molekul air lembut lebih mudah diserap dan disimpan oleh kulit kita. Sekali gus membuatkan kulit lebih licin dan lembut selepas mandi.

Air lembut yang dihasilkan oleh Pelembut Air Spa Coway terbukti secara saintifik mampu meningkatkan tahap kelembapan kulit sehingga 69 peratus, mengurangkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan geseran kulit sebanyak 20 peratus dalam tempoh hanya dua minggu. Menerusi penggunaan teknologi tercanggih, produk ini juga terbukti berupaya melembutkan rambut dan kulit kepala kita, selain mengurangkan penghasilan kelemumur. Air lembut juga meningkatkan tahap kesebatian kerana sabun dan cecair pencuci lebih mudah bertindak balas dengan air lembut.

Budiey ada diberitahu oleh wakil jualan dan pemasangan Coway, produk ini mula diperkenalkan ke pasaran Korea Selatan pada tahun 2000 dan kini pelembut Air Spa Coway merupakan produk peralatan bilik mandi kedua paling popular di peringkat global selepas Sistem Bidet Coway (Coway Bidet System).

Selepas mencuba dan menggunakan pelembut air spa ini, Budiey rasa kagum dengan kesan air lembut dalam mengurangkan masalah kulit sensitif kerana ia terbukti meningkatkan kelembapan kulit.

Pelembut Air Spa Coway boleh didapati dalam dua model – unit yang dipasangkan pada dinding dan unit yang berdiri sendiri. Kedua-duanya memerlukan pemasangan ringkas dan mudah digunakan.

Budiey suka dengan reka bentuknya yang nipis dan kompak. Jadi tak banyak menggunakan ruang di bilik mandi. Rekabentuknya yang bergaya merupakan padanan yang sempurna untuk mana-mana bilik mandi. Ia dijual pada harga RM1900.

Para pelanggan juga boleh memilih pelan sewaan dengan bayaran bulanan sebanyak RM70 yang turut meliputi perkhidmatan servis produk dua kali sebulan dan penukaran penapis secara berkala sehingga lima tahun.

Jangan bimbang jika anda tidak dapat hadir ke majlis pelancaran. Anda boleh mencuba Pelembut Air Spa Coway secara percuma dalam keselesaan rumah anda melalui tempoh percubaan eksklusif Coway selama 14 hari. Tetapi segera kerana hanya ada 1,000 unit untuk dicuba.

Pelembut Air Spa Coway sudah terbukti bermanfaat menerusi ujian selama empat bulan yang dijalankan oleh Pusat R&D Kosmetik Woongjin Coway (Woongjin Coway Cosmetics R&D Center), SMCTC (satu organisasi ujian klinikal) dan Institut Penyelidikan & Ujian Pakaian Korea (Korea Apparel Testing & Research Institute, KATRI). Maklumat lanjut mengenai Coway, sila layari www.coway.com.my, hubungi kami di talian 1800-888-111 atau LIKE KAMI di http://www.facebook.com/CowayMalaysia.

Coway

Coway_Water Softener_Background

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Awie di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz

Peraduan Jom Menonton Filem What’s Your Number?