Realme Perkenal Ai Edit Genie Bersama Google Gemini
Inovasi Suntingan Foto Dengan Arahan Suara Kini Jadi Lebih Mudah, Kreatif Dan Pantas Untuk Generasi Muda Yang Mahukan Teknologi Pintar Dalam Kehidupan Seharian
Kuala Lumpur, 4 September 2025 – Jenama telefon pintar yang semakin melonjak popularitinya, realme, sekali lagi membuat kejutan dengan pengumuman teknologi baharu yang bakal mengubah cara anak muda menyunting gambar. Kali ini, realme bekerjasama dengan Google Gemini untuk melancarkan AI Edit Genie, sebuah ciri pertama di dunia yang membolehkan pengguna menyunting gambar hanya dengan arahan suara, tanpa perlu menyentuh skrin atau bermain dengan pelbagai butang.
Ciri unik ini bakal diperkenalkan buat pertama kali melalui realme 15 Series, yang turut digelar sebagai AI Party Phone kerana membawa gabungan prestasi, gaya dan kecerdasan buatan (AI) yang direka khas untuk generasi muda.
Sunting Gambar Dengan Hanya Bersuara, Tanpa Sentuh Skrin
Bayangkan anda mahu buang photobomber yang muncul di belakang ketika bergambar di konsert, atau anda mahu tambah sedikit efek “cinematic” supaya gambar nampak macam poster filem. Dengan AI Edit Genie, semua itu boleh dilakukan hanya dengan menyebut arahan ringkas seperti:
- “Smoothen my skin”
- “Add a cinematic filter”
- “Add a cat on my shoulder”
- “Remove the photobomber”
Menurut realme, ciri ini menawarkan suntingan pintar secara masa nyata yang memenuhi kehendak pengguna. Lebih menarik, AI Edit Genie menyokong tiga bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, menjadikannya lebih dekat dengan pengguna tempatan.
Google Gemini Dan Realme: Gabungan Dua Kuasa Teknologi
Ciri AI Edit Genie ini dibangunkan hasil kerjasama rapat antara realme dengan Google Gemini, model AI generasi terkini daripada Google. Kerjasama ini bukan sekadar untuk memudahkan pengguna, tetapi untuk membawa pengalaman kreatif yang lebih ekspresif ke dalam telefon pintar.
“Dengan AI Edit Genie, kami mahu membuka era baharu kreativiti yang lebih intuitif dan lebih seronok. Tiada lagi had untuk bereksperimen dengan foto,” jelas wakil realme dalam kenyataan rasmi.
Telefon Pintar Yang Bukan Sekadar Canggih, Tetapi Juga Bergaya
Selain ciri AI Edit Genie, realme 15 Series dijangka tampil dengan reka bentuk lebih segar, prestasi pantas dan sistem kamera pintar yang sesuai untuk gaya hidup anak muda hari ini. realme sendiri menjenamakan siri ini sebagai AI Party Phone – satu istilah yang menggambarkan betapa telefon ini bukan hanya alat komunikasi, tetapi teman hiburan yang lengkap untuk acara, sosial, dan kreativiti digital.
Pengguna boleh nantikan gabungan antara kuasa prestasi, reka bentuk bergaya dan fungsi fotografi pintar yang direka untuk mereka yang suka tampil unik di media sosial.
Komitmen Realme Terhadap Teknologi Mesra Generasi Muda
realme bukanlah jenama asing dalam dunia teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Sky Li, realme kini berada dalam kedudukan lima teratas di lebih 30 pasaran global dengan lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia. Tahun 2024 pula menjadi tahun rebranding realme dengan slogan baharu, “Make it real”, yang menekankan falsafah membawa manfaat nyata kepada kehidupan anak muda.
Dengan pelancaran AI Edit Genie, realme membuktikan mereka bukan sekadar mengejar trend, tetapi menjadi pencetus trend. Mereka mahu memastikan teknologi AI yang canggih ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, bukan hanya golongan elit.
“Ciri ini adalah bukti komitmen kami untuk terus memberi inovasi AI yang pintar, pantas, dan ekspresif kepada generasi muda. realme mahu kekal relevan dan sentiasa mendahului dalam era AI,” tambah kenyataan itu lagi.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, pelancaran AI Edit Genie ni memang sesuatu yang game changer. Selama ni kita biasa dengan apps suntingan foto yang perlukan sentuhan, filter, dan kadang-kadang rumit nak guna. Tapi bila semua boleh dibuat dengan hanya bercakap, ia membuka pintu baharu untuk mereka yang suka berkongsi gaya hidup secara spontan di media sosial.
Bayangkan ketika lepak dengan kawan, terus boleh sunting gambar dengan suara tanpa ganggu flow moment tu. Realme jelas faham apa yang anak muda cari – cepat, senang, fun dan penuh gaya.
Kalau realme berjaya deliver apa yang dijanjikan, tak mustahil siri realme 15 akan jadi salah satu telefon paling hot tahun ni. Budiey sendiri rasa teknologi macam ni boleh jadi trend besar dalam dunia smartphone, di mana AI bukan lagi sekadar assistant, tapi jadi co-creator dalam hidup kita.
Budiey nak tanya – adakah anda teruja nak cuba AI Edit Genie ni? Atau anda lebih selesa dengan cara manual sebab rasa lebih kawal hasilnya?