in ,

RDZ Masuk ‘Gua’ Semata Nak Berguru dengan Malique?

RDZ (cara sebutan “Arr Dee Zee”), satu nama yang tidak asing lagi dalam ‘scene’ atau pentas muzik irama rap Malaysia, di khabarkan telah masuk “gua” untuk berguru dengan Malique. 

Selepas kontroversi kaitan RDZ dengan lagenda bintang hiphop dunia, Tupac pada tahun lalu, kini timbul lagi cerita tentang RDZ bersama lagenda bintang hiphop Malaysia, Malique. 

RDZ Masuk 'Gua' Semata Nak Berguru dengan Malique?

Kami berjaya mengesan keberadaan RDZ dari akaun Instagram Qarma Studios.

RDZ Masuk 'Gua' Semata Nak Berguru dengan Malique?

Walaupun dalam keadaan tunduk, ramai yg masih mengenali beliau daripada susuk tubuhnya. Seperti Malique, beberapa tahun kebelakangan ini, RDZ juga lebih suka menyendiri. Namun beliau berjaya kami kesan tahun ini di Sabah bersama dengan Benzooloo membuat persembahan di Sandakan.

RDZ Masuk 'Gua' Semata Nak Berguru dengan Malique?

Merupakan tulang belakang kepada perkembangan budaya dan pemikiran hiphop di Borneo, RDZ banyak membantu pergerakan hiphop di Sabah, Labuan, Brunei, Sarawak dan juga di Kalimantan, Indonesia. Atas dasar tersebut ramai yang menggelarnya sebagai “The Boss”.

RDZ Masuk 'Gua' Semata Nak Berguru dengan Malique?

Berasal dari Kuching Sarawak, beliau kini dikatakan menetap di Kuala Lumpur atas alasan untuk berguru dengan Malique. Apakah akan ada kerjasama antara kedua mereka selepas “pertapaan” di “gua” Qarma? Kami doakan kesihatan dan kejayaan mereka berdua di dalam industri muzik secara am nya dan hiphop secara khususnya. 

Sila layari akaun Instagram @rdztheboss dan @qarmastudios untuk perkembangan mereka.

#Malique #RDZ #Qarma #Kongsi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert Solo Misha Omar THIS IS MISHA Sold Out dalam Tempoh 18 Jam

Mekanik Wanita Berjaya Dalam TUMIT TINGGI Hujung Minggu Ini