in ,

Rayhan Kabir Sudah Ditahan, Bakal Diusir dari Malaysia

Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit, hari ini.

Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, namun maklumat diterima mengatakan Rayhan dicekup ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, di sini.

“Ya betul, Rayhan ditahan petang tadi,”

Foto penahanan Rayhan dengan tangan bergari turut dimuat naik melalui laman Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rayhan yang ditangkap selepas dipercayai bersembunyi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur juga menurut beliau akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia selepas ini.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,”

Khairul Dzaimee

Md Rayhan Khabir, warga Bangladesh yang berada di Malaysia sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan komen dan pandangan yang diberikannya dalam temubual diterbitkan berkait pengurusan warga asing dalam mendepani COVID-19 oleh kerajaan Malaysia.

Beliau kemudiannya diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 sebelum akhirnya berjaya ditemui hasil risikan oleh Bahagian Risikan Ibu Pejabat JIM.

Rayhan Kabir Sudah Ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki lelaki itu yang memiliki alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Rayhan sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.

Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.

Polis turut memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu.

Sumber:  BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam Mendaki Tangga Trending Kini Dengan WANITA

2 Juta Pelanggan CJ WOW Telah Merasa Wow!