in , ,

Ray Asri Lancar Muzik Video ADIWIRA SEPI

Dr. Irma Entertainment telah melancarkan secara digital video muzik terbaharu berjudul “Adiwira Sepi”, nyanyian Ray Asri pada hari ini.

Video muzik berdurasi 4 minit 3 saat itu menjalani penggambaran selama sehari telah mengabadikan beberapa lokasi indah di Bandaraya Melaka dengan mendapat sentuhan pengarah baharu, Izudin Sukarno.

Lagu Adiwira Sepi yang sedang rancak meraih populariti melalui platform digital Spotify, Joox, Itunes, Deezer dan Apple Music, kini boleh dihayati oleh peminat-peminat muzik tanahair di laman Youtube saluran Dr. Irma Entertainment.

Dicipta sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida lagu Adiwira Sepi merupakan single kedua Ray Asri selepas Antidot Lara. Menurut Dr. Irma, Ray Asri pada asalnya merupakan penyanyi lagu demo bagi syarikat Dr Irma Entertainment namun menyedari betapa besarnya bakat yang ada pada Ray Asri,

Dr. Irma nekad mahu menggilap dan membuka ruang bagi Ray Asri dengan menjadikannya salah seorang artis di bawah Dr Irma Entertainment.

Ray Asri
Ray Asri

Inspirasi dari Kisah Benar Dr. Irma

Lagu Adiwira Sepi telah diinspirasikan daripada kisah ‘wira tidak terdendang’ (unsung hero) atau daripada terjemahan  intipati lirik Adiwira Sepi, wira di belakang tabir yang berkorban demi insan tersayang di dalam hidup.

Menurut Dr. Irma, konteks lagu Adiwira Sepi tidak terhad kepada hubungan antara pasangan kekasih, namun ia juga merangkumi hubungan ibu ayah dan anak-anak, atau hubungan antara sahabat karib yang sentiasa ada untuk satu sama lain kerana konsep ‘wira terpinggir’ ini adalah luas.

Sewaktu ditemubual ketika sesi fotografi poster Adiwira Sepi, Dr Irma mengatakan Adiwira sepi diilhamkan daripada kisah dirinya yang mahu menjadi wira buat anak-anaknya yang sentiasa berada disisi mereka lebih-lebih lagi pada saat mereka memerlukan.

Layari saluran YouTube Dr. Irma Entertainment untuk menonton video muzik Adiwira Sepi di link berikut: https://youtu.be/dX_jXq1W-pE

Jangan lupa dengarkan ADIWIRA SEPI di platform penstriman anda! Apa pendapat anda tentang lagu ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haha & Kim Jong Kook Concert In 2019 di Malaysia

Zamani & Amelina Antara Yang Perform di KL JAMM MUSIC FESTIVAL