in ,

Ray Asri Bukan Derhaka

Ray Asri yang bakatnya digilap oleh Dr. Irma Entertainment telah bersumpah dengan ibunya yang dia tidak akan mengabaikan pelajarannya apabila dia memberikan komitmen untuk bergelar penyanyi dan dia bersungguh-sungguh akan memegang janjinya serta tidak sekali-kali akan derkaha pada ibunya.

Mengambil pendirian untuk menjadi seorang yang matang dan bertanggungjawab dengan niat murni untuk membantu keluarga yang susah, Ray Asri tekad menggalas dua tanggungjawab pada satu masa. 

Di tanya selepas beraksi di pentas Showcase Lan Solo Next Level baru-baru ini di MATIC Kuala Lumpur, sedangkan dia di dalam minggu peperiksaan di Kolej Universiti Islam Selangor, adakah dia tertekan dengan dengan keadaan itu?

Ray Asri

Bersahaja Ray Asri menjawab dia terlebih dahulu bersedia mentelaah pelajaran dari awal dan menyiapkan kerja-kerja pembentangan agar fokusnya tidak lari. Setiap hari dia akan pastikan laman media sosialnya dikemaskini dan pertanyaan peminat dilayan sebaiknya kerana bagi Ray Asri sokongan peminat adalah nyawa seorang anak seni.

Ray Asri yang meraih populariti melalui single pertamanya Antidot Lara yang menjadi runut bunyi sisipan bagi drama popular slot Akasia TV3 Jika Masih Ada Rindu lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha, kini sedang giat menjalankan promosi bagi single kedua beliau yang berjudul Adiwira Sepi mengisahkan “wira tidak didendang”, sebuah lagu balada ciptaan Dr. Irma yang meruntun jiwa sesiapa yang mendengar.

ray on stage

Video muzik Adiwira Sepi juga telah berada di laman Youtube, telah meraih 164,000 tontonan dan mendapat respons positif daripada netizen.

Menutup bicara, Ray Asri berharap agar pendukung muzik tempatan memberinya peluang untuk mewarnai dunia seni dengan caranya yang tersendiri. 

Dr. Irma Entertainment ditubuhkan pada tahun 2017, sebuah label muzik baru tetapi beraspirasi tinggi di asaskan oleh Dr. Irma Shida, seorang doktor gigi yang juga seorang komposer dan penulis lirik.

Ray Asri ADIWIRA SEPI

Di antara artis yang bernaung di bawah label ini ialah Ray Asriserta Akmar Natasha dan Jiha Akhir yangbakatnyadicungkil daripada pertandingan nyanyian secara online SUARA JUARA, satu projek khas Dr. Irma Entertainment di mana konsert akhirnya diangkat oleh Radio RTM Johorfm dan diadakan secara gilang gemilang di Auditorium RTM Johor. Dr. Irma Entertainment juga memperkenalkan artis animasi wanita pertama di Malaysia yang dinamakan Ayasofia.

Di antara lagu-lagu terbitan Dr. Irma Entertainment adalahLakar janji (Azharina Azhar),  Definasi Cinta (Ferhad), Emoji (Ayasofia feat WARIS),Sendiri (Akmar Natasha),  Melankolia (Ash Hafiz), Antidot Lara & Adiwira Sepi (Ray Asri), Cinta Tirai Biru (Ayasofia), Ampun (Yama Watanabe), Jejak (Ash Hafiz/Ayasofia) dan lagu-lagu raya seperti 1 syawal (Ferhad), Ria Hari Raya (zarol, Ash Hafiz, Ray Asri), Bestnya Raya (penyampai Bestfm).

Sentiasa berkarya dengan positif dan agresif, itulah motto Dr. Irma Entertainment, mengorak langkah dalam industri seni dengan harapan memeriahkan persada seni suara dengan bakat dan harapan yang dibawa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

INTERNATIONAL INDIGENOUS FILM FESTIVAL KUCHING at the Rainforest Fringe Festival 2019

Berita TV9 Tampil Wajah Baharu, Nafas Baharu