in ,

Ras Adiba Radzi Dilantik Jadi Senator Mewakili Golongan Orang Kurang Upaya

Bekas personaliti televisyen Ras Adiba Radzi dilantik menjadi senator mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sumber yang dekat dengan bekas penyampai TV3 itu mengesahkan pelantikan berkenaan.

Ras Adiba Radzi Dilantik Jadi Senator Mewakili Golongan Orang Kurang Upaya

“Ya, Ras Adiba Radzi dilantik menjadi Ahli Dewan Negara. Majlis angkat sumpah untuk jawatan itu akan diadakan Isnin depan,” 

Ras Adiba tidak dapat mengulas lanjut perkara itu ketika ini. 

Bagaimanapun, melalui semakan Malaysiakini di Instagram miliknya, bekas pengacara itu dilihat meluahkan perasaan syukur.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah,” katanya.

Ras Adiba yang juga presiden OKU Sentral itu turut menerima sekalung tahniah daripada pengikut dan mereka yang mengenalinya.

Pengacara NTV7 Charles Mohan antara yang tampil mengucapkan tahniah atas pengiktirafan terhadap Ras Adiba.

“Tahniah kepada kak @rasadibaradzi untuk pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara. Semoga anda dirahmati untuk membantu rakyat Malaysia. Begitu bangga dengan kamu kak,” katanya.

Pengguna akaun @Mazlinnordin pula berkata, perjuangan harus diteruskan.

“Syukur Alhamdulillah sister, tahniah, teruskan perjuangan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Hanks 2020 | 14

Gambar Tular Kerusi Panggung Berkulapuk Bukan dari GSC & TGV

Asyrfnsir Asyraf | 15

MARQUEE Singapore goes virtual for its 1st anniversary with A-list DJs Nicky Romero, Steve Aoki & Andrew Rayel