in

Rancangan Terbaik Sempena Ulangtahun ke-11 NTV7

TERUS CERIA BERSAMA RANCANGAN TERBAIK
SEMPENA ULANGTAHUN KE 11 ntv7!

Saksikan rancangan menarik sepanjang Julai ini sempena hari jadi ke-11 ntv7. Himpunan rancangan khas seperti program bual bicara dan konsert secara langsung menanti anda!

Aktifkan pagi anda dengan The Breakfast Show, rancangan bual bicara signatur terbaik ntv7. Sempena ulangtahun ke-11 Saluran Ceria Anda, rancangan secara langsung berdurasi sejam setengah  ini akan memaparkan klip khas mengimbas kembali saat-saat indah 11 tahun di ntv7.

Turut hadir untuk menceriakan set ialah tetamu jemputan istimewa. Penonton juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif. Saksikanlah The Breakfast Show yang dibarisi hos William Quah, Daphne Iking, Nazruddin Rahman, Joanne De Rozario dan Zaini Ahmad setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 1hb Julai 2009 pada 8:30 pagi. 

Ceriakan suasana pagi hujung minggu anda dengan tawa riang di kids@fgw bersama hos cilik Zamaera dan Ashraf yang turut memberi peluang kepada penonton kanak-kanak untuk menimba ilmu serta memenangi hadiah menarik. Jangan ketinggalan menonton kids@fgw bersama anak-anak anda setiap Sabtu dan Ahad pada 9:30 pagi, 10:30 pagi, 11:00 pagi dan 11:30 pagi.

cause mj death
 
Saksikanlah persembahan mantap kumpulan pop lelaki sensasi The Jonas Brothers dalam The Jonas Brothers TV Special. Antara paparan dalam rancangan satu jam ini ialah muzik video terbaru mereka iaitu ‘Love Bug’ dan ‘Paranoid’, dan perjalanan mereka dalam membuat album terbaru mereka ‘Lines, Vines and Trying Times’ dan ‘A Little Bit Longer’. Jangan lupa menyaksikan  tiga adik-beradik berbakat besar Kevin, Joe dan Nick dalam rancangan The Jonas Brothers TV Special pada hari Ahad, 5hb Julai 2009, pukul 4:00 petang. 

Selamilah kehidupan artis kesayangan ramai – Jason Mraz melalui The Journey Of Jason TV Mraz Special. Ikutilah perjalanan beliau yang mengagumkan dalam bidang muzik. Saksikan bagaimana penyanyi lagu hit ‘I’m Yours’ ini mengecapi kejayaan yang beliau nikmati kini melalui program khas ini pada hari Ahad, 5hb Julai  2009, pukul  5:00 petang. 

Anugerah Industri Muzik adalah antara acara anugerah muzik tanahair yang terunggul.  Acara tahunan yang gilang-gemilang ini sudah lama menjadi kegemaran peminat muzik yang ingin mengikuti perkembangan industri muzik tanahair. Acara yang mengetengahkan persembahan unik dengan keputusan pemenang yang selalu tidak diduga ini membuat AIM acara anugerah muzik yang paling dinanti-nantikan. Dengan pencalonan yang terdiri daripada artis veteran di samping artis baru, AIM  terus memberi pengiktirafan terbaik kepada penggiat industry muzik tanahair. Jangan ketinggalan menyaksikan Anugerah Industri Muzik 2009 yang dihoskan Adflin Shauki, Adibah Noor dan Bob Lokman,yang kembali ke kaca TV atas permintaan ramai pada hari Ahad, 5hb  Julai 2009 pada 10.01 malam hingga tengah malam.

Bersantailah pada petang Ahad dengan menyaksikan konsert secara langsung kumpulan muzik terkenal The Fray. Saksikanlah adegan kumpulan tersebut mempersembahkan lagu-lagu hit mereka termasuk lagu tema drama popular Grey’s Anatomy ‘How to Save a Life’ di Webster Hall, di bandaraya New York. Antara lagu lain yang akan dinyanyikan pencalon anugerah Grammy ini ialah  ‘You Found Me’, ‘Over My Head’, ‘Never Say never’ dan ‘Say When’.  Saksikan The Fray Live In NYC pada hari Ahad, 12hb Julai 2009 pada 4:00 petang.

Jika anda tidak berpeluang menyaksikan Celine Dion semasa beliau mengadakan konsert di Malaysia, anda kini dapat menonton persembahannya tanpa perlu berganjak dari keselesaan tempat tinggal anda. Penggiat seni muzik dari Kanada ini akan menawan anda dengan persembahan mantap beliau dalam rancangan khas An Audience With Celine Dion. Antara lagu terkenal yang akan dipersembahkan beliau dalam rancangan ini ialah ‘My Heart Will Go On’. Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan sensasi global Celine Dion di rancangan An Audience With Celine Dion pada hari Ahad, 19hb Julai 2009 pada pukul 4:00 petang.

Sebelum memperolehi kemasyhuran, kekayaan dan populariti, Paul Potts hanya sekadar seorang pengurus kedai telefon bimbit dan seorang pelakon opera amatur. Beliau menjalani kehidupan yang normal sehinggalah membuat keputusan yang mengubah segala-galanya iaitu menyertai Britain Got Talent pada 2007. Beliau dinobatkan pemenang rancangan realiti terkenal itu dan sejak itulah bermulanya pengembaraan mengagumkan beliau. Paul Potts TV Special mengisahkan bagaimana hidupnya berubah dalam sekelip mata daripada sekadar seorang pengurus kepada bintang penyanyi dengan terbitan album solo pertamanya, ‘One Chance’. Ikutilah perkembangan hidup beliau dalam Paul Potts TV Special pada hari Ahad, 19hb Julai 2009 pada pukul 5:00 petang.

Miss World 2008, pertandingan peringkat akhir ke-58 Miss World, telah diadakan di Sandton Convention Centre di Johannesburg, Afrika Selatan pada 13hb Disember 2008. Saksikanlah 110 jelitawan dari seluruh dunia bertanding untuk memenangi mahkota rebutan sedunia dalam acara yang mencatatkan kehadiran terbesar dalam sejarah 58 tahun peraduan ratu cantik berprestij ini. Terpegunlah dengan kejelitaan peserta dan barisan persembahan acara gilang-gemilang ini dan saksikan saat-saat menarik apabila Miss World Zhang Zilin dari China menobatkan penggantinya pada hari Ahad, 19hb Julai 2009 pada 10:01 malam.

Peminat muzik akan kagum dengan himpunan penyanyi wanita yang paling terkenal di dunia dalam rancangan Saturday Night Divas. Antara selebriti kegilaan ramai yang turut serta adalah Alicia Keys, Jennifer Lopez dan Celine Dion, Girls Aloud, Leona Lewis, Jamelia, Natasha Bedingfield, Chaka Khan dan ramai lagi. Nikmatilah persembahan bertenaga dalam Saturday Night Divas pada pukul 4:30 petang, Ahad, 26hb Julai 2009. 

Sertailah kegembiraan ntv7 menyambut ulangtahun ceria yang ke-11 Julai ini, hanya di saluran kegemaran kalangan masyarakat Cina dan bandar Malaysia.

michael jackson died

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Menarik Sepanjang Julai di TV2

Poster, Synopsis, Trailer Obsessed