in , ,

Ramli MS Terkejut Aliff Aziz Ada Jiwa Leman di Konsert All Stars Gegar Vaganza

Persembahan Aliff Aziz ketika menyanyikan lagu popular oleh Datuk M. Daud Kilau berjudul Cek Mek Molek membuatkan juri tetap, Datuk Ramli MS terkejut.

ALIFF AZIZ

Ujar maestro muzik itu, dia tidak menyangka bahawa penyanyi kelahiran Singapura itu mampu menyanyikan lagu berentak ‘leman’ (kampung).

“Saya kenal kamu sejak Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Saya tertipu dengan kamu.
“Masa latihan kamu tidak begini. Tapi untuk persembahan malam ini, kamu memang terbaik!”

– Tok Ram

“Nyanyian kamu natural dan tidak dibuat-buat. Kalau begini persembahan kamu, memang ‘gerenti’! (akan ke final GV10).

Ujar Ramli atau mesra disapa Tok Ram, nyanyian Aliff tidak dibuat-buat dan nampak natural, seolah-olah jiwanya begitu dekat dengan lagu berentak dangdut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FASHA SANDHA RAYA

Gedung Pakaian AL FARO Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

NIKKI PALIKAT GEGAR VAGANZA 2021

Nikki Palikat Ditegur Tiada Identiti Semasa Nyanyi Lagu Amelina di GV