in , ,

RAMENGVRL Bakal Gegarkan Kuala Lumpur 19 Ogos di The Bee

Bintang sensasi hip-hop antarabangsa masa kini kelahiran Indonesia, RAMENGVRL akan menggegarkan pentas The Bee di Publika, Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini, disahkan oleh Warner Music Malaysia.

Bintang hip-hop kelahiran bandar raya Jakarta ini telah mengungguli pelbagai anugerah dan menerima pengiktirafan dunia menerusi kemantapan pengkaryaan gaya unik dan persembahan secara langsung yang mempesonakan.

Sejak RAMENGVRL mula menempa nama pada tahun 2018, karya-karya beliau telah menerima puluhan juta penstriman, berjaya menarik perhatian pencetus trend serta budaya global seperti VICE, NME, MTV, Hypebeast, Billboard dan telah menjayakan persembahan di festival-festival seperti We The Fest, Asian Sound Syndicate dan FLAVS.

RAMENGVRL Bakal Menggegarkan Kuala Lumpur 19 Ogos Ini Di The Bee

Sepanjang 2022, beliau telah menjadi bintang utama untuk siri jelajah Indonesianya sendiri, membuka tirai untuk EarthGang (Amerika Syarikat), dan bakal menyertai barisan penghibur KV Fest (bersama bintang ternama Korea Selatan Jessi) dan FLAVS, dengan beberapa tarikh persembahan lain yang bakal diumumkan dari semasa ke semasa. 

Menurut jurucakap rasmi The Bee di Publika yang sentiasa menampilkan pelbagai persembahan tempatan dan antarabangsa yang ikonik, Rahul Kukreja, penganjuran konsert RAMENGRVL menggunakan konsep unik dengan mengambil tempat dalam suasana tertutup, memberikan peluang kepada para pencinta muzik peluang untuk mengenali salah seorang bakat kreatif Asia yang terunggul dengan lebih dekat lagi.

RAMENGVRL Bakal Menggegarkan Kuala Lumpur 19 Ogos Ini Di The Bee

“Bakat, aura dan kemahirannya tidak dapat dinafikan lagi. Tampil dengan karya-karya hit pada permulaan kerjaya RAMENGRVL seperti lagu-lagu yang menempa nama beliau, ‘CASHMERE’, ‘I Am Me’ and ‘I’m Da Man’, katalog karyanya yang terkini juga memuatkan ‘FACTS’ dan ‘Ain’t No MF’ menampilkan artis Korea, Ph-1. Alunan merdu ‘Onto The Next’ dan remix rasmi lagu JVKE yang amat popular iaitu ‘This Is What Love Feels Like’ mengukuhkan lagi versatilitinya.

Setiap karya baharu beliau terus menongkah arus, mempamerkan kepelbagaian muzik yang luas dan membuktikan bahawa beliau memiliki daya penarik dalam arena muzik global dan serantau.”Rahul juga mengesahkan bahawa konsert tersebut akan menampilkan persembahan pembukaan daripada empat penghibur generasi baharu negara masa kini seperti bintang rap ChronicalZ, Lost Spaces – sebuah projek muzik pop indie synth, Nakalness – bintang utama dan vokalis kumpulan rap/hip-hop dari JB Forceparkbois; dan Luqman Podolski – bintang rap, penyanyi dan artis visual. 

RAMENGVRL Bakal Menggegarkan Kuala Lumpur 19 Ogos Ini Di The Bee

Antara bukti impak hebat RAMENGVRL dalam dunia seni ialah pengiktirafan beliau dalam senarai Indonesia’s 30 under 30 (2021) oleh Forbes, pengunggulan empat anugerah AMI Awards (anugerah berprestij Indonesia setaraf Grammy) iaitu kategori Rap/Hip Hop Song Of The Year (2018, 2019, 2021) dan Urban Collaboration Of The Year (2021).

Beliau juga sebahagian daripada kempen antarabangsa Spotify, ‘EQUAL’ dan tampil dalam siri hip-hop Netflix, ‘Rhythm + Flow’.

RAMENGVRL Bakal Menggegarkan Kuala Lumpur 19 Ogos Ini Di The Bee

Beliau menerbitkan album pertama beliau berjudul ‘Can’t Speak English’ yang memuatkan lagu ‘Vaselina’ dan kesukaan ramai ‘Look At Me Now.’ menerusi platform pengedaran hip-hop Amerika Syarikat yang terkemuka, EMPIRE (Snoop Dogg, XXXTentacion).

Pada tahun 2021, RAMENGVRL telah menarik perhatian Warner Music dan berjaya memeterai perjanjian dengan label antarabangsa terkemuka tersebut sebagai artis pertama bagi gerakan Hip-Hop pan-Asia, Asiatic.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur kali ini dalam siri jelajah antarabangsa saya yang pertama di bawah naungan jenama saya sendiri ‘Going Noodles’. Ini sememangnya sesuatu yang cukup besar untuk saya dan saya tidak sabar untuk bersua dengan semua peminat yang telah melonjakkan nama RAMENGVRL sehingga ke tahap ini”.

Tiket boleh dibeli menerusi platform dalam talian www.thebee.ubertickets.my dan ditawarkan pada harga bermula RM68.00. The Bee adalah sebuah bar, ruang makan dan lokasi acara langsung berkapasiti 600 orang, terletak di Publika Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Matikan Aku Dengan Tenang & Beriman” – Aliff Syukri

DISKORIA

Diskoria Bakal Hangatkan Kuala Lumpur 20 Ogos Ini di RexKL