in , ,

Ramayan Lancar DENDANG! Siap Ada Video Muzik Lakonan Sharifah Amani

DENDANG! adalah sebuah persembahan muzik yang menggabungkan unsur-unsur elektronik, post-disco, funk, 80s new wave, dan synth pop, dengan sentuhan khas muzik tarian Asia Tenggara. 

Lagu ini tidak hanya memikat pendengar melalui irama dan rentak yang asyik, malah membawa pesanan mendalam tentang bagaimana seseorang boleh terlalu terikat dengan hal-ehwal dunia sehingga terlupa untuk mengambil masa dan menikmati hidup. 

Ramayan Lancar Single DENDANG! Siap Ada video Muzik Lakonan Sharifah Amani

DENDANG!: Sebuah Tarian Pembebasan oleh Ramayan

Lagu ini juga menunjukkan perubahan dalam proses penulisan lagu dan gubahan muzik Ramayan. Selain mencipta lagu-lagu yang mudah ditangkap, Ramayan, yang kini terdiri daripada hanya empat ahli termasuk rekrutan terbaru mereka, Izzat, kini banyak menulis lagu menggunakan komputer.

Que berkongsi, “Setelah pemergian bekas pemain keyboard, Nadz, dan bekas pemain gitar, Amin, banyak bahagian keyboard, gitar, dan dram untuk album baru kami telah ditulis dan dirakam sendiri. Ini hanya dapat terjadi atas berkat kemahiran baru kami dalam menggunakan teknologi yang sedia ada dalam rumah masing-masing pada waktu itu. Oleh itu, dalam beberapa segi, kuarantin akibat COVID-19 menjadi satu kekuatan positif bagi kami.” 

Mengimbau kembali kenangan beliau waktu mencipta lagu DENDANG!, Pi’e berkongsi, “Waktu saya mula-mula sekali mencipta demo untuk lagu ini, saya dan isteri saya yang sedang hamil pada waktu itu, tinggal di dalam sebuah rumah pangsapuri kecil di Taman Melawati. Di sana, saya tidak mempunyai studio rakaman sendiri yang kalis bunyi. Oleh itu, apabila saya ingin merakam suara saya di waktu malam, supaya isteri saya tidak terjaga, saya akan keluar daripada rumah dan rakam suara saya di ruang tetangga bangunan kami. 

 Waktu itu saya tidak mempunyai apa-apa peralatan rakaman selain daripada iPad isteri saya dan sepasang fon telinga kecil. Saya menggunakan aplikasi Garageband, dan saya pun merakam suara saya melalui mikrofon di fon telinga kecil tersebut. 

Namun, disebabkan kawasan itu terbuka kepada jiran-jiran yang lain, saya hanya dapat nyanyi dengan suara yang rendah sekali, hampir-hampir tahap berbisik. Proses ini berlaku setiap hari sehinggalah selesainya PKP.”

Lagu ini, dan juga album baru mereka secara keseluruhan, telah dihasil bersama dengan Faliq Mohd, bekas ahli kumpulan indie synth pop tempatan yang dikenali sebagai Pastel Lite. 

Kata Omar, “Kami telah lama mengagumi karya Faliq dalam Pastel Lite dan selama ini, kami teringin sungguh untuk berkerjasama dengannya, cuma belum pernah jumpa projek yang sesuai.” 

“Bekerja dengan Faliq merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Dalam proses rakaman album ini, Faliq telah menjadi seperti salah seorang ahli band. Citarasa, cara pemikiran dan visi kami sejajar. Dalam beberapa aspek, Faliq telah menjadi seperti mana Sir George Martin dengan kumpulan The Beatles, iaitu ‘ahli kelima’ mereka.” 

Faliq, juga dikenali dengan nama pentas beliau yang baru, FLQ, berkongsi, “Pada pendapat saya Ramayan adalah salah satu kumpulan yang paling unik di Malaysia. Saya rasa amat terharu apabila mereka menghubungi saya untuk bekerjasama dalam pembikinan album mereka.” 

DENDANG! pula adalah antara lagu kegemaran saya dalam album ini kerana ia membawa satu bunyi yang agak lain. Sebuah lagu ala-ala Disko 80an yang dikahwinkan dengan bunyi-bunyi Nusantara.”

Ramayan Lancar Single DENDANG! Siap Ada video Muzik Lakonan Sharifah Amani

Pelancaran DENDANG! akan disertai sekali dengan sebuah video muzik yang diarahkan oleh Hashra Shamsuddin dan menampilkan pelakon tempatan terkenal, Sharifah Amani, yang kebetulan merupakan peminat setia band ini. 

Dalam video ini, penonton akan menyaksikan watak utama, seorang kerani pejabat korporat yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti, apabila beberapa watak misteri muncul untuk memujuknya supaya dia berhenti seketika dan menari.

Ramayan juga ingin menyampaikan, “Mengeluarkan lagu ini adalah perkara yang sangat menggembirakan bagi kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan semua orang, kerana kami telah menunggu sekian lama. Walau bagaimanapun, kami cuba mengingatkan diri supaya tidak mengufuri nikmat, dan sentiasa bersyukur atas betapa mudahnya kehidupan kami, dengan kemampuan untuk melakukan semua ini, sedangkan saudara-saudara dan saudari-saudari kita lagi menderita dalam perang yang sedang berlaku di Gaza. 

Kami tahu bahawa mengeluarkan lagu ini tidak menyumbang apa-apa sama sekali. Kami hanya boleh berharap bahawa muzik kami sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengatasi perasaan tragedi dan putus asa orang ramai. Sekurang-kurangnya, lagu ini hanyalah sebuah peringatan bahawa kita sepatutnya sentiasa bersyukur atas peluang hidup yang telah diberi.”

DENDANG! boleh didengar dan dinikmati sekarang di pelbagai platform streaming. Hayatilah lagu ini dan semoga ia dapat mencetus semangat anda untuk menikmati kehidupan seadanya.

Ramayan Lancar Single DENDANG! Siap Ada video Muzik Lakonan Sharifah Amani

Maklumat produksi/rakaman DENDANG!:

Composer: Pi’e, Que, Omar, Izzat

Lyricist: Pi’e, Que, Omar, Izzat

Producer: Faliq Mohd

Recording Engineer: Faliq Mohd

Mixing Engineer: Faliq Mohd

Mastering Engineer: Felix Voon

Executive Producer: Mohamed Ilham, Rahman Saharddin

DENDANG !

Satu saat ku pinta

Untuk kita bersama meluangkan masa Kau sibuk menguruskan dunia

Harap-harap kau terus berjaya Aku hanya sekadar pencinta Tak ingin hidup jiwa terpenjara

Sampai ke sudah menghadap masalah

Lebih baik ku terus berdendang

Dendang mari dendang Dendang dendang dendang Dendang adik sayang

Kita sama dendang Dendang mari dendang Lagu seru alam Langkah biar renggang Hidup biar terang

Masa masa remaja

Kau habiskan masa mencari cinta muda Kata katamu benar yang lain semua salah Siapa yang mampu persoal darah muda

Apa lagi yang kau mahu Mengubah dalam duniamu

Dalam mimpi ku semalam Ku lihat kau berjalan

Ku lihat kau berseorangan Kau terseksa dalam diam

Dalam mimpi ku semalam Ku lihat dirimu sayang Tersangkut di dalam pilihan 73 jalan

Apa lagi yang kau mahu Alam ini kan terhapus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ramai Kawan Artis Sudah Jauhkan Diri, & Putus Kawan,” – Boy Iman 

Lee Sun-Kyun

Pelakon Korea Bintang Filem Parasite, Lee Sun-Kyun Mati Bunuh Diri