in

Ramalan Budiey.com di ABPBH 29

Tak sampai dua jam lagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke-29 bakal bergema di PICC Putrajaya. Kami dah pun sampai di sini untuk buat liputan di karper merah. Sementara menunggu anugerah bermula, kami sempat buat ramalan siapa yang akan menang malam ni.

ABPBH29-online_field_image_listing_featured.variant

ABPBH tahun ini mendapat tajaan daripada rakan penaja DEMAK, pengeluar motosikal tempatan dan Ice Watch serta rakan teknologi ASUS dan penaja auto, Volkswagen.

Kali ini, acara penganugerahan yang pastinya akan gilang gemilang ini tidak lagi mengambil tempat di Arena Of Stars Genting Highland atas sebab kerja baik pulih yang dijalankan di sana. Tetapi ianya akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

ABPBH ke-29 mengangkat tema #RESPEK yang mana konsep ini diterjemahkan menerusi setiap aktiviti promosi dan publisiti acara yang bakal berlangsung pada 8 Mei akan datang.

“#RESPEK membawa pengertian yang sangat besar dalam kehidupan kita apatah lagi kepada penggiat seni. Ia bukan hanya membawa maksud menghormati, menyanjung, mengiktiraf dan menghargai individu atau hasil kerja seni, sebaliknya sikap dan disiplin juga harus ditekankan dalam diri seseorang,” ujar Datuk Mahfar Ali selaku Pengarang Kumpulan BH dan sekaligus Penaung ABPBH 29.

Jadi, siapakah gerangan selebriti yang bertuah untuk berada di lima tempat teratas? Jom tengok siapakah ramalan kami…

Penyanyi Lelaki Popular

  • Aizat
  • Asfan
  • Hazama
  • Ir Radzi
  • Syed Shami

Penyanyi Wanita Popular

  • Adira
  • Aishah Aziz
  • Ayda Jebat
  • Eleena Haris
  • Dayang Nurfaizah

Penyampai Radio Popular

  • Abby Fana (Sinar FM)
  • Deen (Hot FM)
  • DJ Lin (Suria FM)
  • Fizie (Hot FM)
  • Feeya Iskandar (Sinar FM)

Pengacara TV Popular

  • Hazlin Hussein
  • Izreen Azminda
  • Neelofa
  • Wak Doyok
  • Sherry Alhadad

Pelakon Filem Lelaki Popular

  • Abam
  • Remy Ishak
  • Shaheizy Sam
  • Syafie Naswip
  • Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular

  • Emma Maembong
  • Fathia Latiff
  • Neelofa
  • Siti Saleha
  • Nur Risteena

Pelakon TV Lelaki Popular

  • Faizal Hussein
  • Fattah Amin
  • Kamal Adli
  • Sharnaaz Ahmad
  • Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular

  • Emma Maembong
  • Erma Fatima
  • Fathia Latiff
  • Siti Saleha
  • Siti Elizad

Artis Komedi Popular

  • Abam
  • Amir
  • Ebby Yus
  • Shuib
  • Zulin Aziz

Artis Baharu Lelaki Popular

  • Ippo Hafiz
  • Ir Radzi
  • Nadzmi Adhwa
  • Sufi
  • Redza Rosli

Artis Baharu Wanita Popular

  • Falisha Crossley
  • Janna Nick
  • Mira Filzah
  • Ruhainies
  • Nana Sheme

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

  • Akim & The Majistret
  • Hafiz Suip & Adira
  • Joe Flizzow & SonaOne
  • Wings
  • Tasha Manshahar & Syed Shamim

Artis Versatil Popular

  • Abam
  • Ajak Shiro
  • Awie
  • Ifa Raziah
  • Didie Alias

Kategori Atas Talian :

Artis Aksi Selfie Popular

  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Elfira Loy
  • Emma Maembong
  • Fazura
  • Scha Alyahya
  • Saharul Ridzwan
  • Nora Danish
  • Nazim Othman
  • Shukri Yahaya
  • Zizan Razak

Personaliti Media Sosial Popular

  • Amran Fans
  • Atita Haris
  • Faizdickie
  • Kevin Zahri
  • Ucop
  • Queen of Luna
  • Mat Lutfi
  • Lara Alana
  • Vivy Yusoff
  • Wak Doyok

Artis Ikon Respek

  • Aishah Sinclair
  • Daphne Iking
  • Datuk Ac Mizal
  • Datuk Aznil Nawawi
  • Mizz Nina
  • Maya Karin
  • Faizal Tahir
  • Hafiz Hamidun
  • Sazzy Falak
  • Scha Alyahya

Artis Trending Popular

  • Arja Lee
  • Atikah Suhaime
  • Ayda Jebat
  • Fasha Sandha
  • Uqasha Senrose
  • Tasha Shilla
  • Shahnaaz Ahmad
  • Fazura
  • Yuna
  • Zizan Razak

Artis YouTube Popular

  • Ainan Tasneem
  • Eleena Haris
  • Ippo Hafiz
  • Najwa Latif
  • Tasha Manshahar
  • Syed Shamim
  • Siti Nordiana
  • Nana Sheme
  • Wani (Kun Anta)
  • Wani Kayrie

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29

AirAsia X Kini ke Tehran dari Kuala Lumpur & Bangkok