in , ,

Ramai Ustaz Suka Siti Nurhaliza Sebab Utama Dipilih Buat Persembahan di Karnival Mahabbah 1.0

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah buat liputan di sidang media Karnival Mahabbah 1.0 yang diadakan di The Pearl Kuala Lumpur.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pembabitannya dalam Majlis Makan Malam Amal sempena ‘Karnival Mahabbah 1.0’ sebagai salah satu tanggungjawab sosial. Diselangi ketawa seisi ruang kamar sidang media pagi tadi, beliau dikatakan menjadi favorite dan pilihan ramai termasuklah golongan ustaz serta ustazah dan penduduk qariah Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Apabila ditanya, selebriti mana yang tidak ada kontroversi dan bersih dari sebarang masalah, nama Siti Nurhaliza yang keluar dulu. Itu sebabnya dia dipilih.

Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah

Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan terlibat buat persembahan di Makan Malam Amal bersama kumpulan nasyid Hijjaz bersempena Karnival Mahabbah 1.0 yang bakal berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 24 April ini. Karnival Mahabbah 1.0 bakal berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 April ini.

siti nurhaliza karnival mahabbah

Bukan sahaja sebagai artis, malah karnival itu dilihat Siti sebagai sumbangan kecil terhadap pembangunan ummah, khususnya dalam mendekatkan masyarakat dengan masjid.

Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah

“Sebagai orang Islam, saya merasakan ini satu peranan kecil yang boleh diambil untuk membawa komuniti kita agar lebih dekat dengan masjid.

“Masjid tidak seharusnya dilihat sebagai tempat ibadat semata-mata tetapi kita perlu sedar bahawa masjid juga merupakan pusat aktiviti masyarakat setempat.

“Jika baru-baru ini peminat membanjiri konsert saya, besar harapan saya peminat dapat memberikan sokongan sama terhadap usaha murni ini pula,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Karnival itu disasarkan untuk mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan, terutama dalam persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya.

Siti Nurhaliza

Sementara itu, pengarah program, Ustaz Mohd Hafizullah Mohd Tahir, memaklumkan pemilihan Siti sebagai teraju utama makan malam karnival itu bersama kumpulan Hijjaz, adalah atas faktor pengaruh yang dimilikinya.

Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah

“Sewaktu membuat pemilihan, kami mencari seorang artis yang mampu menarik orang ramai ke acara itu.

“Siti bukan sahaja disukai segenap lapisan masyarakat, malah dalam kalangan ustaz dan ustazah pun ramai yang meminati beliau.

“Alhamdulillah, proses ‘meminang’ Siti berjalan dengan lancar dan kami berbesar hati dengan kesediaan beliau menyertai usaha ini,”

– Mohd Hafizullah.

“Siti menganggap ia adalah hikmah dan keberkatan apabila disukai dan disayangi ramai orang.”
– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

“Syukur alhamdulillah apabila kita dihargai oleh insan yang saya panggil ulama. Bagi saya, ia satu hikmah dan keberkatan apabila orang sayang dan suka kita. Saya anggap ia hadiah yang cukup istimewa.

“Ini kerana kalau orang nak benci macam-macam cara. Jadi, alhamdulillah saya tidak. Saya berharap apabila mereka sayang, saya boleh beri semula dengan cara yang lebih baik,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah

Siti berkata, dia juga tidak memandang golongan terbabit sesuatu yang negatif.

“Penyanyi, artis dan insan seni juga manusia biasa. Begitu juga alim ulama yang mana insan yang kita sanjungi. Masing-masing ada tanggungjawab. Menghargai satu sama lain pun memang ada dalam ajaran agama kita.

“Kita jangan pandang rendah atau negatif pada golongan artis dan alim ulama. Kita kena saling bekerjasama. Saya berasakan bukan saya seorang saja yang disukai, tapi ramai lagi artis lain disukai yang membawa imej baik. Cuma, kita harus panggil untuk sama-sama terbabit.

“Dalam diri kita ada keinginan masing-masing. Di satu sudut hati kita begitu halus pada perkara yang membabitkan agama. Tinggal lagi nak jemput dan panggil turut serta,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah

Sementara itu, Pengarah Program, Mohd Hadzullah Ahmad Tahir berkata, pemilihan penyanyi lagu Anta Permana itu dibuat berdasarkan latar belakang dan tarikan semua golongan.

“Apabila kita bertanya pendapat ramai orang, siapa artis wanita yang dekat dengan jiwa Islam dan kurang kontroversi, nama Siti yang disebut. Jadi, kita pilih dia.

“Lagipun, berdasarkan latar belakang, tarikan peminat, artis yang disukai semua peringkat, Siti memang pilihan tepat. Malah, ustaz-ustaz pun minat.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan ini. Siang malam kami fikir macam mana mahu ‘pinang’ Siti. Kita dapat berhubung dengan pengurus Siti dan berjumpa di masjid. Kebetulan dia ahli qariah kita. Jadi, dapat pinang dengan senang,”

– Mohd Hadzullah Ahmad Tahir

Selain Siti, makan malam amal itu turut membabitkan kumpulan Hijjaz. Tujuan majlis itu antara lain untuk mengumpul dana bagi menampung program pengimarahan masjid.

Karnival Mahabbah anjuran Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh itu akan berlangsung dari 24 April sehingga 28 April di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Majlis Makan Malam Amal bersama Siti dan Hijjaz akan berlangsung pada 24 April jam 8.30 malam.

Tiga kategori meja akan dijual untuk persembahan itu iaitu platinum (RM5,000), Gold (RM3,000) dan Silver (RM2,000).

Majlis makan malam itu terhad kepada 90 meja sahaja.

Maklumat lanjut tentang pembelian meja boleh didapati di laman Facebook Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh atau menghubungi talian 05-246 1404.

Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah
Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah
Siti Nurhaliza Karnival Mahabbah
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noraniza Idris Tabah Tempuhi Cabaran Getir Showcase Istimewa Sawo Matang

Digelar Duda Hot, Rashidi Ishak Terima 300 Direct Message Peminat Wanita Sehari