in ,

Ramai Sebak Persembahan Airmata PUTEH di Pentas Akhir MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 Akhirnya Dinobat Juara

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 malam tadi menyaksikan Kumpulan Putehdiumumkan sebagai juara edisi itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man itu berjaya mendapat ‘5 HA’ untuk dua pusingan dari juri yang bertemakan bebas dan muzikal. Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya sepanjang MLM2019, kumpulan Puteh telah membuatkan penonton dan para juri mengalirkan air mata tatkala membuat persembahan yang didedikasikan buat anak Ali, Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia baru-baru ini.

Melihatkan pada persembahan kumpulan itu yang cukup menghiburkan dan konsisten, Puteh turut mendapat standing ovation dari penonton di Royal Theather Shah Alam.

Dalam pentas akhir itu, Puteh turut menerima Oppo Punchline Machine, peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.

Bagi tempat kedua,Zero telah membawa pulang wang tunai RM250,000 manakala tempat ketiga menjadi yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000 telah disandang oleh kumpulan Bocey dan tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000 telah dimenangi oleh dua lagi finalis J-born dan Rare.

Markah Penuh Final Maharaja Lawak Mega 2019

  1. Puteh – 71.39%
  2. Zero – 60.38%
  3. Bocey – 58.52%
  4. JBorn – 51.48%
  5. Rare – 50.63%

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam 2020 Blog | 13

Celcom Further Explores 5G Technology To Enhance Operations At Langkawi Port 

Will Smith | 14

Peraduan Tayangan Menonton Filem BAD BOYS FOR LIFE