in ,

Ramadan di Rumah Bersama Warner Music & Yoodo

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Warner Music Malaysia tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama berkongsi sedikit rezeki dengan mereka yang memerlukan bantuan, sepanjang menjalani ibadah puasa.

Menurut pada kebiasaannya, kebanyakan syarikat rakaman akan mengadakan majlis berbuka puasa di hotel-hotel serta restoran terkemuka bersama dengan golongan yang memerlukan bantuan, tahun ini pihak Warner Music Malaysia melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dalam bentuk sebuah rangkaian siri digital secara langsung yang diberi nama “RAMADAN DI RUMAH BERSAMA WARNER MUSIC & YOODO”.

Dengan sokongan jenama telekomunikasi mudah alih popular Malaysia, Yoodo, para peminat akan dapat menyaksikan sesi digital khas secara langsung di laman Facebook Warner Music Malaysia dan juga Yoodo bersama artis-artis ternama pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Ramadan.

RAMADAN DI RUMAH BERSAMA WARNER MUSIC DAN YOODO

Setiap hari Ahad ini juga pihak Warner Music Malaysia akan turut menderma sejumlah pek makanan sumbangan jenama makanan segera tersohor KFC kepada beberapa buah rumah anak-anak yatim yang terpilih.

Selain itu, pihak Warner Music juga akan bersama dengan wakil rumah anak yatim terpilih dan berkongsi nombor yang boleh dihubungi sekiranya ada yang ingin menderma secara langsung kepada rumah-rumah ini yang bakal menyambut puasa dan Aidilfitri dengan sedikit kekurangan.

“Memandangkan tahun ini kami tidak dapat meraikan anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan dengan majlis berbuka puasa istimewa seperti tahun-tahun sebelumnya, kami bersyukur ada pihak yang sudi menyokong idea kami ini untuk menyumbangkan makanan kepada mereka yang memerlukan untuk berbuka puasa. Sekurang-kurangnya kami masih dapat berkongsi rezeki walaupun berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan gara-gara wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia,”

– Shah Shamshiri selaku Pengurus Bahagian Domestik, Warner Music Malaysia

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata,

“Sudah menjadi kebiasaan Yoodo membawakan pengalaman unik kepada pengguna-pengguna kami dan “RAMADAN DI RUMAH BERSAMA WARNER MUSIC & YOODO” adalah salah satu di antaranya.

Bersama Warner Music, kami teruja untuk menyambut Ramadan bersama rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada walaupun ia dibatasi oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.”

– Chow Tuck Mun

Sesi “RAMADAN DI RUMAH BERSAMA WARNER MUSIC & YOODO” akan berlangsung selama empat minggu berturut-turut, dimulakan pada hari Ahad 26 April sehingga 21 Mei 2020. Sesi pertama pada 26 April bakal menyaksikan kemunculan artis popular seperti Aizat Amdan, Bunga dan juga Amir Hasan.

Ini bakal diikuti dengan nama-nama lain seperti Awi Rafael, Kumpulan DeFam, Layla Sania, Kaka Azraff, Sissy Iman, penyanyi dari Brunei Rizal Rasid serta penampilan istimewa Dato Jamal Abdillah pada episod terakhir 21 Mei nanti.

Rumah-rumah anak yatim yang terpilih untuk menerima sumbangan makanan daripada KFC termasuklah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras Sg Buloh dan Rumah Anak Yatim Shifa, Gombak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Video Panduan Imam & Bilal Tarawih Sempena Ramadan PKP

Sharnaaz Ahmad Sokong Ustaz Ebit Lew Terus Lakukan Kerja Amal