in , ,

Rakan Artis, Ribuan Netizen Beri Kata Semangat Buat Mizz Nina

Selepas mengumumkan mengenai perceraian mereka di Instagram, ruangan komen media sosial Mizz Nina dipenuhi dengan kata-kata semangat serta sokongan buatnya.

Setakat ini, perkongsian Mizz Nina mengenai perceraiannya itu mendapat lebih 289 ribu tanda suka dan lebih 13 ribu komen.

Hasil tinjauan, antara rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat ialah Nur Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Nazeera, Puan Sri Tiara Jacquelina, Che Puan Sarimah Ibrahim, Vivy Yusof dan ramai lagi.

Dalam pada itu, ribuan netizen yang turut bersedih dengan berita itu turut mendoakan agar Nina dan Noh diberikan kekuatan untuk berdepan ujian tersebut.

Semalam, hangat diperkatakan apabila Mizz Nina dan Noh dikatakan bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur. Pada malamnya, kedua-duanya mengesahkan mengenai perceraian mereka di Instagram masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noh Salleh | 18

Hisap Vape Sambil Hembus Asap, Cara Noh Salleh Cuba Hilangkan Rasa Gemuruh?

Trending Huawei | 19

HONOR 70 Telefon Pertama Menggunakan Kamera Penderiaan Super IMX800