in ,

Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tahun ni pastinya tidak lengkap tanpa sajian program-program menarik TV3, setelah sempurna dengan jayanya Rakaman Stylistika Siti, Akustika 2010 dan Semua Untukmu… Anuar Zain dan Mentor Raya, rakaman raya diteruskan lagi dengan “FENOMENA FAIZAL TAHIR”.

Budiey pasti, peluang untuk menonton rakaman ini tak dilepaskan oleh peminat Faizal Tahir kerana persembahan ini dibuat dengan stail konsert dengan persembahan bertenaga dari FT.

Kalau tahun lalu, Faizal Tahir bergandingan bersama Azlan (The Typewriter), Noh (Hujan) dan Aizat ditampilkan di dalam Akustika Raya mendapat sambutan hebat daripada penonton dan peminat beliau.

Tapi pada tahun ini, sekali lagi Faizal Tahir akan bersama-sama dengan Azlan & The Typewriter dan dua artis terkenal tanahair iaitu Adibah Noor dan M. Nasir, nantikan kemunculan program muzikal Raya istimewa, Fenomena Faizal Tahir! Saksikan persembahan menarik daripada finalis AJL23 & AJL24 ini menyanyikan lagu-lagu terbaiknya dari album pertama, “Aku.Muzik.Kamu” dan yang terbaru, “Adrenalin”.

Untuk sama-sama merasai suasana lebaran dan berhibur dengan Faizal dan teman-temannya, peminat juga turut dijemput untuk memeriahkan konsert raya ini. Kalau nak meriah lagi, jangan lupa pakai baju raya sekali. Style tema: rock raya?

Program : FENOMENA FAIZAL TAHIR
Tarikh : 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 mlm (Rakaman bermula jam 8.30 mlm)
Tempat : Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

FAIZAL TAHIR_1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Zamanhuri Bertuah Ke China Lagi

Rumahtangga Raja Azura Bergolak Mahu Bercerai?